FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


5 produk 1K1P dikenal pasti dimajukan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

 


 March 14th, 2018  |  10:59 AM  |   381 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah diberikan tanggungjawab untuk mengukur dan melaksanakan KPI peratus rakyat berpindah dari pendapatan rendah ke pendapatan tinggi dari segi sektor swasta sahaja kerana terdapat lagi satu jawatankuasa yang mengukur peratus rakyat berpindah dari pendapatan tinggi ini dari sektor kerajaan (public sector).

 

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,  ia adalah satu tugasan yang sangat berat kerana kita hanya dapat menilai perkara itu berdasarkan kepada maklum balas yang kita terima daripada syarikat - syarikat swasta dan juga berdasarkan sektor-sektor dalam sektor swasta.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menjawap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman mengenai pencapaian KPI peratus rakyat berpindah dari pendapatan rendah ke pendapatan tinggi.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan bahawa jawatankuasa yang diterajui oleh KHEDN masih lagi meneliti bersama-sama juga dengan agensi kerajaan yang lain khususnya Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) yang memberikan maklumat - maklumat atau data-data yang tertentu mengenai perkara ini.

 

"InsyaaAllah, apabila ia telah dikemaskinikan sudah ada data - data tersebut kita akan dapat mengongsikannya dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagaimana yang kaola nyatakan tadi ia berasaskan kepada beberapa sektor dalam industri perburuhan ini. Memang betul sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa jika kita dapat menaikkan peratus rakyat berpindah daripada rendah kepada tinggi ini, ia akan dapat mengurangkan mereka yang pada masa ini mengharapkan bantuan-bantuan dari beberapa agensi kerajaan untuk menyara kehidupan mereka.

 

Dalam pada itu, KHEDN melalui rancangan-rancangan yang sedang diusahakannya dalam sektor ekonomi juga berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk ini menerusi aktiviti ekonomi khususnya Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Kita berharap sejauh ini kita telah mengenal pasti lima produk yang dapat dimajukan.

 

Sebagaimana kaola terangkan dalam mukadimah kaola bahawa kita bekerjasama dengan Ministry of Community, Thailand supaya dapat meningkatkan produk kita ini berbagai-bagai sudut termasuk pemasaran dan sebagainya. Dengan cara itu dapat juga membantu menaikkan rakyat dan penduduk yang mengusahakan 1K1P. Kita melihat satu contoh best practices yang berlaku di negara lain yang membantu kehidupan komuniti sebuah kampung atau mukim itu," ujar Yang Berhormat pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari Ketujuh di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

Sementara itu, menyentuh mengenai pengusaha-pengusaha tempatan, Yang Berhormat menggalakkan pengusaha - pengusaha tempatan menyara hidup dengan berniaga dari rumah.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyambut baik saranan   Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman dan menganggap home-based business tersebut sebagai satu inisiatif yang baik, membantu menyara atau meningkatkan pendapatan keluarga.

 

Dari segi penggunaan rumah Jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, untuk melaksanakan perniagaan ini sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya, ada cross-cutting di bawah beberapa agensi atau kementerian yang bertanggungjawab seperti yang kita ketahui bahawa jika  businessnya  itu tidak melibatkan apa-apa perubahan pada rumah ia boleh dijalankan kecuali mereka yang telah mengubah suai atau membuat tambahan kepada rumah seperti mengadakan bengkel yang bukan sahaja menyalahi peraturan khususnya di Perumahan Negara tetapi juga kita melihat kepada aspek-aspek keselamatan.

 

Bagi pengusaha-pengusaha home-based business ini, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa tidak ada lagi Miscellaneous Licence (Lesen Rampaian) kerana mereka ini haruslah mendaftar kepada pendaftar - pendaftar syarikat bernama ROCBN, sejauh yang berkaitan dengan KHEDN, kita akan memeriksa tempat-tempat perusahaan itu dijalankan atau bisnes itu dijalankan. Sama juga dengan pengusaha SME.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17