FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pas Imigresen kepada warga asing terhad pada syarat tertentu


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

 


 March 14th, 2018  |  11:07 AM  |   322 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Akta tertentu yang terdapat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan iaitu aktiviti mana-mana warga asing yang dikeluarkan Pas Imigresen adalah terhad pada syarat-syarat yang ditentukan dalam pas tersebut.

 

Berhubung perkara itu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, pemegang pas berkenaan jika memerlukan aktiviti-aktiviti lain dikira melanggar Akta Imigresen yang berkuat kuasa pada masa ini.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menjawap soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim, berkaitan pengawalan melalui penguatkuasaan undang-undang tertentu di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mahupun di Jabatan Buruh bagi warga asing yang berdaftar sebagai pemilik syarikat dan seterusnya menjalankan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri  pihak kerajaan turut menyambut baik perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dan bagi menanganinya Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah dan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Registration of Companies and Business Names (ROCBN), Kementerian Kewangan dan pihak Unit Dasar Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri.

 

"Antara langkah-langkah yang dilaksanakan setakat ini adalah perkongsian maklumat berkenaan warga asing yang dikeluarkan Pas-Pas Imigresen antara Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan pihak ROCBN secara kerap dan konsisten bagi kegunaan pihak ROCBN dan meneliti setiap permohonan pendaftaran syarikat yang terdiri daripada warga asing. Jika terdapat permohonan daripada warga asing yang sedang memegang mana-mana Pas Imigresen, maka permohonan berkenaan akan ditolak oleh pihak ROCBN. Deklarasi oleh pemohon bahawa dia bukanlah pemegang mana-mana Pas Imigresen yang telah dijadikan sebagai salah satu senarai semak atau checklist dalam proses pendaftaran Syarikat ROCBN.

 

Dalam masa yang sama untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, beberapa tindakan juga telah diambil ke atas beberapa permohonan jawatan Director daripada warga asing yang dihadapkan kepada Job Centre Brunei (JCB) bagi proses mendapatkan Lesen Pekerja Asing sebelum langkah-langkah pengawalan yang kaola sebutkan tadi terlaksana," ujar Yang Berhormat pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama dari Musim Pemesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

 

Dengan perkongsian maklumat daripada pihak JCB jelasnya, seramai 80 warga asing pemegang Pas Imigresen telah dibatalkan pas mereka yang mana 10 orang menunggu urusan tiket pulang ke negara asal sementara 54 orang masih dalam siasatan lanjut.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa melalui Jabatan Buruh pula dengan kerjasama Unit Dasar Perancangan atau Manpower Policy Planning Unit, pihak Jabatan Perdana Menteri dan juga pihak PENGGERAK, satu dasar baharu berkenaan dengan pemilik syarikat warga asing yang ingin menjawat jawatan Director atau jawatan-jawatan utama di peringkat pengurusan dan menetap di negara ini sedang dalam proses untuk diperkenalkan.

 

Dasar tersebut tambah Yang Berhormat, bertujuan ke arah memastikan warga asing itu benar-benar berkelayakan melalui pengesahan terhadap kriteria-kriteria tertentu dan akan menyumbang pada ekonomi dan pekerjaan kepada anak tempatan.

 

Antara kriteria itu terang Yang Berhormat ialah menetapkan sukatan gaji, menetapkan kelayakan akademik dan juga keperluan mengambil tenaga tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54