FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Skim baharu Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung dikuatkuasakan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

 


 March 14th, 2018  |  11:15 AM  |   1714 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarat kelayakan Ketua Kampung dan Penghulu adalah berpandukan kepada syarat kelayakan akademik, tempoh perkhidmatan dan had umur.

 

Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung yang baharu dikuatkuasakan pada 1 April 2015 melibatkan perubahan-perubahan kepada syarat-syarat kelayakan seperti  kelayakan akademik bagi kemasukan dalam Skim Ketua Kampung dan Penghulu-Penghulu, Umur memasuki perkhidmatan iaitu 45 tahun hingga 55 tahun dan tempoh perkhidmatan selama 10 tahun serta Penghulu dan Ketua Kampung tidak melebihi 70 tahun.

 

Ini dinyatakan oleh  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika menjawab usulan  Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari yang memohon supaya Skim 2013 Penghulu-Penghulu dan Ketua Kampung yang menjadikan penamatan perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung sedia ada dikaji semula.

 

Skim Penghulu dan Ketua Kampung Tahun 1998, jelas Yang Berhormat, telah dibatalkan dan untuk itu Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang telah ditubuhkan di bawah skim baharu ini telah meneliti akan kelayakan Penghulu dan Ketua Kampung satu per satu mengikut syarat kelayakan yang dinyatakan bagi memastikan mereka ini diserapkan ke dalam skim baharu dengan teratur.

 

"Mereka ini bukanlah dikira sebagai lantikan baharu. Mereka ini diistilahkan sebagai diserapkan kepada skim baharu agar mereka ini dapat ditentukan di mana-mana bahagian peringkat jawatan Ketua Kampung dan Penghulu dengan tangga gaji yang dinyatakan dalam skim baharu.

 

Penilaian dan penyerapan yang dibuat adalah selaras dengan amalan yang dibuat pada masa ini dalam Perkhidmatan Awam. Seperti juga yang dinyatakan awal tadi syarat kelayakan Ketua Kampung dan Penghulu adalah berpandukan kepada syarat kelayakan akademik, tempoh perkhidmatan dan had umur. Jika kita lihat kepada kelayakan yang ada dan apabila mereka ini diserapkan ke skim baharu kebanyakan daripada Penghulu dan Ketua Kampung sudah pun mencapai 10 tahun, lebih dari 10 tahun perkhidmatan dan ada juga sebahagian daripada Penghulu dan Ketua Kampung yang telah pun mencapai umur 70 tahun dan mencapai umur lebih daripada 70 tahun.

 

Ini telah melibatkan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang telah diserapkan ke dalam skim baharu ini. kesemua mereka ini telah diserapkan ke dalam skim tersebut yang berkuat kuasa pada 23 Disember 2017 dengan kesemua Penghulu dan Ketua Kampung telah menerima lantikan mereka berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan," ujar Yang Berhormat pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ketujuh di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

 

Sementara itu, dari segi pendapatan Penghulu dan Ketua Kampung atau lebih tepat lagi perbezaan tangga gaji antara Penghulu dan Ketua Kampung tambah Yang Berhormat, diukur dari sudut akademik dan tanggungjawab Penghulu Mukim sebagai seorang pemimpin dalam mukim yang merupakan satu unit besar dalam satu daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54