FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Sepadu serbu 'Live Band'


OPERASI Sepadu berjaya menahan 173 warganegara tempatan dan seramai tiga warganegara asing.

 


 March 19th, 2018  |  10:02 AM  |   1566 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Operasi Sepadu yang melibatkan kerjasama di antara Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Biro Kawalan Narkotik telah menyerbu sebuah premis perniagaan yang mengendalikan 'Live Band' di alamat Unit 6, Tingkat 2, Spg. 68, Jalan Batu Bersurat.

 

Seramai 176 orang pengunjung terdiri dari 131 lelaki dan 45 wanita telah berjaya ditahan semasa serbuan tersebut. Antara yang ditahan adalah warganegara tempatan seramai 173 dan seramai 3 warganegara asing.

 

Hasil serbuan daripada pihak penguatkuasa di tempat kejadian telah menemui beberapa barang rampasan berupa paket plastik berisi daun-daunan kering dan beberapa biji pil yang dipercayai dadah.

 

Pemeriksaan tubuh badan ke atas kesemua pengunjung turut dijalankan dan mendapati beberapa pengunjung dipercayai ada memiliki dadah terkawal.

 

Hasil daripada serbuan ini beberapa kesalahan turut disiasat, iaitu kesalahan di bawah Akta Lesen Hiburan Awam Penggal 181 dan jika sabit kesalahan hukuman denda tidak melebihi 10,000 ringgit Brunei, siasatan juga dijalankan di bawah seksyen 6(a) kesalahan memiliki dadah terkawal dan seksyen 6(b) kesalahan memakan dadah terkawal Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27.

 

Kesemua pengunjung dibawa ke Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan untuk dijalankan siasatan lanjut.

 

Operasi Sepadu sedemikian akan kerap dijalankan oleh Penguatkuasa undang-undang di negara ini, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai undang-undang Negara Brunei Darussalam, termasuk undang-undang berhubung PPDB, JKED, BKN dan lain-lain perundangan Penguatkuasaan.

 

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menegaskan dan menasihati kepada pemilik-pemilik premis perniagaan, agar dapat memantau apa jua kegiatan-kegiatan yang berlaku di premis mereka serta melaporkan apa saja maklumat berhubung dengan kegiatan yang menyalahi peraturan negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pasukan Polis Diraja Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19