Home > Bahasa Melayu
Tiga suspek kes curi kereta ditangkap
PIHAK Polis Diraja Brunei berjaya menjumpai kereta yang dicuri di Ujung Jalan di kawasan rumah kosong.
March 19th, 2018 | 10:14 AM | 1317 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Balai Polis Temburong berjaya menangkap tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan kes curi kereta.
Hasil daripada maklumat orang ramai dan Jabatan Perisikan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menahan dan menangkap ketiga-tiga suspek yang semuanya adalah penduduk tempatan berumur lingkungan 25 hingga 51 tahun.
Pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 7.30 malam, pemilik kenderaan atau mangsa, jenis Hyundai H1 berdaftar BAR2803 berwarna kelabu meletakkan keretanya di sebelah kiri bangunan kedai Jaya Muhibah, Pekan Bangar dan meninggalkannya tanpa mematikan enjin lalu masuk ke kedai runcit tersebut untuk membeli barang.
Kemudian mangsa keluar dan mendapati keretanya hilang lalu melaporkan hal ini kepada pihak Polis.
Dari maklumat yang diterima daripada orang awam, pihak polis berhasil menjumpai kereta berkenaan di Ujung Jalan di kawasan rumah kosong. Seterusnya beberapa suspek telah dikenal pasti dan dibawa ke Balai Polis Bangar untuk siasatan lanjut.
Daripada siasatan yang dijalankan telah berhasil menahan dua lagi saspek juga terlibat sama dengan satu kes curi yang berlainan.
Ketiga-tiga suspek telah dihadapkan ke mahkamah dan dua daripadanya direman sehingga sebutan kes seterusnya, manakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan ikat jamin polis untuk dijalankan siasatan yang lebih terperinci.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Hukum Jenayah Penggal 22 dan jika sabit kesalahan di hukum penjara sehingga 7 tahun atau denda.
Orang ramai adalah diingatkan agar mengambil langkah-langkah mencegah kejadian curi kereta dengan memastikan kereta sentiasa dalam keadaan dikunci dan jangan meninggalkan kenderaan semasa enjin kenderaan masih hidup, walaupun dalam masa yang singkat.
Sehubungan itu, pihak Polis juga menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini.
Pasukan Polis menyeru dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke PDB melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
PDB juga akan sentiasa memantau dan memastikan aktiviti kegiatan jenayah dibendung dan dibenteras.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pasukan Polis Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]