Home > Bahasa Melayu
Pemandu asing perlu 'endorse' lesen memandu
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
March 20th, 2018 | 10:23 AM | 1256 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof menyatakan bahawa pada masa ini bagi pemandu warga asing yang hendak memandu di negara ini dan menetap lebih daripada satu (1) tahun hendaklah memohon untuk di'endorse' lesen memandu mereka ini untuk membolehkan mereka memandu di negara ini.
Ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari mengenai sistem endorsement lesen memandu orang asing.
Dalam hal itu, terang Yang Berhormat, pegawai Jabatan Pengangkutan Darat, iaitu Pegawai Melesen akan menemu bual pemohon-pemohon. Sekiranya jawapan mereka tidak memuaskan, maka pemohon, tegas Yang Berhormat akan dikehendaki untuk menjalani beberapa ujian bertulis ataupun ujian memandu ataupun kedua-duanya sekali sehinggalah mereka ini lulus. Jika mereka gagal, maka mereka tidak akan diberikan lesen.
Ini adalah untuk kitani sama-sama meningkatkan tahap keselamatan di negara ini jua, tambah Yang Berhormat lagi pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN hari ke-11 sesi petang yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk Nasibahanim Pg Haji Bakar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]