FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Perhubungan perkemaskan Pelan Strategik 2018 – 2019


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 


 March 20th, 2018  |  10:29 AM  |   875 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Untuk memastikan kesinambungan pada pelaksanaan dasar-dasar utama di bawah Pelan Strategik 2008 - 2017, Kementerian Perhubungan kini sedang memperkemaskan Pelan Strategik 2018 - 2023.

 

Dalam terus mengorak langkah menuju Wawasan 2035, Kementerian Perhubungan terus melaksanakan dasar dan tujuannya dengan berteraskan kepada pendekatan 'Whole of Nation'.

 

Keperluan tersebut termasuk membuat penyusunan semula struktur industri, mengemaskini perundangan dan peraturan serta memantapkan lagi pelaksanaan peruntukan-peruntukan di bawah bidang kuasa Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof menyatakan demikian semasa menyampaikan mukadimahnya bagi Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat Menteri menjelaskan, beberapa keutamaan dan tumpuan telah dikenalpasti sebagai hala tuju Kementerian Perhubungan.

 

Pertama jelasnya, memperkemaskan dasar dan tujuan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan kepada orang ramai. Ini termasuk usaha merapatkan jurang digital khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman; dasar ke atas peningkatan pengangkutan awam; dan terkini yang diberi keutamaan adalah sasaran bagi Pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos. Cadangan pengkopratan Jabatan ini adalah disasarkan bagi menyahut cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang ada di era Ekonomi Digital pada masa ini.

 

Yang kedua, memperkemaskan pelaksanaan dasar yang menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Beberapa bidang telah dikenal pasti untuk diutamakan di bawah hala tuju ini, seperti keselamatan di jalan raya, pengangkutan air dan udara yang memerlukan perhatian serius dan komitmen padu daripada pihak kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat, secara amnya.

 

Bagi mendukung keutamaan itu, antara contoh yang dikongsikan oleh Yang Berhormat ialah mengenai usaha Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) yang terus mengorak langkah dalam menekankan kepentingan isu keselamatan jalan raya dengan adanya sokongan padu secara kerjasama dan kolaborasi daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.

 

MKKJR tambahnya juga giat mengadakan kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam menanai negara zikir melalui penglibatan anak-anak sekolah dalam acara dan aktiviti keagamaan secara berterusan sepanjang tahun.

 

Turut terkandung di bawah dasar itu adalah bidang ICT, khususnya dalam menggalakkan penggunaan teknologi ICT secara positif dan berkesan. Ini adalah mengambil kira jua kepelbagaian jenis isu kandungan (content) yang bersumber dari pelbagai wadah ICT.

 

Selain itu, dasar ke arah keselamatan dan kesejahteraan ini juga merangkumi penyebaran maklumat kaji cuaca yang cepat dan tepat bagi keperluan orang ramai secara umumnya.

 

Ketiga ujar Yang Berhormat, memantapkan penguatkuasaan dan pelaksanaan Akta serta peraturan jabatan dan agensi bagi memastikan keselamatan dan kepentingan pengguna adalah terpelihara. Antara usaha berterusan adalah penekanan ke atas peranan PBMP dalam menguatkuasakan dan mempromosikan pemakaian jaket keselamatan dalam kalangan pengguna-pengguna di perairan-perairan Brunei.

 

Keempat ialah memantapkan lagi usaha kearah peningkatan sumbangan sektor perhubungan dan pengangkutan pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

Menurut Yang Berhormat, pada tahun 2016, sumbangan sektor pengangkutan adalah sebanyak 1.88 peratus dan sektor perhubungan menyumbang sebanyak 1.69 peratus pada keseluruhan KDNK negara.

 

Bagi sektor perhubungan, sasaran kementerian ini tambahnya adalah meningkatkan sumbangannya pada 3 peratus dan sektor pengangkutan pada 5 peratus menjelang tahun 2035. Sehubungan itu, usaha akan dipertingkatkan melalui aktiviti penjanaan hasil, memudahcara perkhidmatan baharu dan mengkaji semula peluang perniagaan yang ada.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, tumpuan kelima, memantapkan pemantauan keatas pelaksanaan semua inisiatif dengan menggunakan kaedah Penunjuk Prestasi Utama (KPIs). Bagi memastikan inisiatif yang dirancang adalah menjurus pada pencapaian matlamat Wawasan 2035, Kementerian sedang memantapkan lagi kaedah Data Analytics bagi memperkesankan lagi penyediaan dasar dan pelaksanaannya.

 

Tumpuan keenam, menggiatkan usaha untuk meningkatkan hasil Kerajaan. Antara usaha Kementerian ini adalah dengan menubuhkan Taskforce Tunggakan Hasil dan Pembayaran pada bulan Disember 2017 dan sebuah Unit Kawalan Credit pada bulan Januari 2018. Alhamdulillah setakat ini, usaha ini telah menunjukkan perkembangan dimana sejumlah hampir $5.7 Juta Ringgit Brunei hasil yang tertunggak telah berjaya dikutip.

 

Manakala yang ketujuh, usaha ke arah mengurangkan perbelanjaan. Dalam pengurusan peruntukan yang terkawal, langkah ke arah mengurangkan perbelanjaan akan terus dipertingkatkan. Antaranya adalah dari segi penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Sebagai contoh, Jabatan Penerbangan Awam telah dapat membuat penjimatan hampir BND284,000.00 (Dua Ratus Lapan Puluh Empat Ribu Ringgit Brunei) bagi sepanjang tahun 2017.

 

Yang terakhir, ujar Yang Berhormat ialah memudah cara perniagaan dan perhubungan industri dengan mengukuhkan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Kementerian tersebut secara berterusan mengadakan sesi-sesi bermesyuarah bersama berbagai pihak berkepentingan, khususnya di peringkat akar umbi bagi memastikan apa jua penyediaan dan pelaksanaan dasar-dasar awam atau 'public policies' kementerian ini adalah dibuat dengan lebih terperinci dan teratur.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19