FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Perkhidmatan Pos bakal dipertingkatkan bagi tangani isu e-Commerce


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 


 March 20th, 2018  |  10:37 AM  |   297 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Perhubungan dan juga Jabatan Perkhidmatan Pos mengambil perhatian penuh sebelum mengorak langkah untuk berkecimpung dalam arena corporate entity.

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof menegaskan antara dasar tumpuan utama ataupun priority policy to be implemented ialah Dasar Pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

"Ke arah itu memang secara interimnya beberapa persediaan perlulah dibuat dahulu. Antaranya untuk menjana ekonomi digital atau e-Commerce yang telah disebut tadi bahawa payment gateway di bawah penyelarasan pihak Kementerian Kewangan jua. Tetapi ingin kaola terangkan di sini.

 

Dengan adanya e-Payment gateway ini, ia merupakan satu keperluan yang sangat diperlukan pada masa ini kerana dengan adanya the explosion of technology dan dengan era digital ekonomi ini kita sudah sedia maklum dengan penghantaran pun sudah menurun bukan sahaja di Brunei bahkan seluruh dunia. Dalam hal ini, pengiriman bungkusan atau parcel semakin meningkat dan ia satu trend yang negara kita pun tidak ketinggalan dengan perkembangan ini," jelas Yang Berhormat pada pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

 

Untuk memberikan sedikit gambaran, Yang Berhormat mengongsikan sedikit statistik iaitu pada masa ini, dengan adanya parcel delivery tersebut, ia telah pun meningkat di negara ini daripada bungkusan sahaja 225,000 pada tahun 2010 iaitu pada 8 tahun yang lepas kepada hampir setengah juta 492,600 pada tahun 2016 sahaja. Statistik tersebut meningkat tahun demi tahun dan secara trendnya surat makin menurun.

 

"Inilah dikatakan satu cabaran yang perlunya direskilling of staff and officers di Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menangani isu explosion of e-Commerce ini. Bungkusan ini sebenarnya apabila disiasat dan dikenal pasti memang berpunca daripada barangan-barangan yang diorder melalui online atau secara talian. Perkara ini ada hubung kait dengan keperluan e-Payment gateway itu. Insya-Allah, ia akan terus dijalankan sebelum mengorak langkah kepada satu corporate entity yang baharu. Mungkin inilah satu jua jalan rintis yang perlu dicuba dahulu," kata Yang Berhormat Menteri Perhubungan bagi menjawab persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh mengenai status pelaksanaan yang digelar e-payment bagi menjana e-Commerce dalam kalangan perusahaan dan perniagaan. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39