FacebookInstagramTwitterContact

 

Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengurusan barang pharmaceutical diambil berat


MENTERI Kesihatan Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar

 


 March 20th, 2018  |  10:58 AM  |   480 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan mengambil berat tentang pengurusan barang pharmaceutical dan telahpun mengenal pasti ataupun menundukinya.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman mengenai ketiadaan stok ubat-ubatan.

 

Pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis,  Menteri kesihatan menjelaskan bahawa pihak Kementerian Kesihatan akan berunding dengan Kementerian Kewangan bagaimana menyelaraskan atau menyepadukan supply chain ini supaya ia tidak terganggu.

 

"Mudah-mudahan akan dapat diusahakan dan kementerian pun merasa sekurang-kurangnya ini tidak terjadi lagi kerana ia kerap kali didengar mengenai masalah ubat tidak ada ini," jelas Yang Berhormat.

 

Terdahulu,Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman berkata, selalu didapati senarai ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor-doktor di pesakit luar, apabila waktu pengambilan, ada ubat-ubatan tertentu di farmasi sering kali diberitahu tidak ada dalam stok.

 

Selain itu, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman juga membangkitkan bahawa sebilangan ubat-ubatan menggunakan nama-nama saintifik yang kurang difahami oleh pesakit.

 

"Oleh itu, kaola mencadangkan di samping nama saintifik ubatan-ubatan dicadangkan ditulis kegunaan ubat berkenaan secara ringkas dalam bahasa ibunda iaitu dalam bahasa kita bahasa Melayu bagi membolehkan pengguna memahami dengan baik di samping arahan yang sudah sedia ada," kata Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed.

 

Menjawab persoalan itu,  Menteri Kesihatan berkata nama-nama saintifik itu perlu juga difahami.

Ada dua cara memanggil ubat ini, kata Menteri Kesihatan iaitu trade name or generic name.

 

"Trade name, nama yang di pasaran misalannya ponstan. Ponstan is a trade name, nama saintifiknya mefinamic acid, macam itu jua panadol, panadol actually bukan saintifik name its trade name called panadol, nama sebenarnya acetaminophen," jelas Menteri Kesihatan.

 

Walau bagaimanapun, kitani mesti tahu jua apa jenis-jenis ubat ini, tegas Menteri Kesihatan.

 

"Sebab kalau memberitahu doktor ia bulat, damit, empat segi ia tidak bermakna kepada doktor," kata Menteri Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Norliah binti Md. Zain

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39