Home > Bahasa Melayu
Keluaran peladang belum memenuhi keperluan dalam negara
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong
March 20th, 2018 | 11:35 AM | 668 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) akan terus giat meningkatkan keluaran sektor pertanian, ternakan dan perikanan terlebih dahulu, kerana keluaran peladang dan petani kita ketika ini adalah terlalu rendah berbanding potensi keluaran sebenar.
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, kebanyakan keluaran peladang kita malah masih belum mampu memenuhi keperluan dalam negara, apatah lagi untuk keperluan pembuatan atau pemprosesan.
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad pada hari ke-11 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis di sini.
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seterusnya berkata walau bagaimanapun, dengan pertambahan pesat keluaran sumber-sumber utama nanti, jika menjadi kenyataan, kita mempunyai beberapa strategi iaitu pertama, untuk mengeksport keluaran berkenaan keluar negara, dan yang kedua ialah dengan menggalakkan aktiviti pemprosesan barangan tersebut.
"Ini tertakluklah kepada sambutan pihak pelabur dari dalam dan luar negara sama ada membuat keputusan mengeksport atau memproses dalam negara", jelasnya.
Seperti yang dimaklumi, kata Yang Berhormat syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan sudah ada di Negara Brunei Darussalam seperti BMC Food Industries Sdn Bhd, Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn Bhd, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Western Foods and Packaging Sdn Bhd, Saahtain Asia Sdn Bhd (Brunei) dan Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd sendiri.
Syarikat-syarikat itu tambahnya, boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan mengunakan bahan mentah dari dalam negara atau mengimport dari luar tertakluk kepada penilaian masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]