FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran Potret Keberangkatan Kebawah DYMM ke Kesultanan Oman dirasmikan


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dijunjung berangkat menyaksikan pameran.

 


 March 22nd, 2018  |  10:11 AM  |   579 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman telah menikmati hubungan dua hala yang telah lama terjalin di mana kedua buah negara komited untuk memperkukuhkan lagi hubungan dalam pelbagai bidang.

 

Sejak  tertubuhnya  hubungan diplomatik pada 24 Mac 1984, hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman boleh digambarkan sebagai kukuh sepanjang masa.

 

Hubungan yang istimewa ini terus dikembangkan lagi dengan Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Negara Kesultanan Oman pada tahun 1984, 1985 dan 2009.

 

Dalam hubungan itu, selaras dengan usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, serta memperingati ulang tahun ke-34 sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua Negara, Kedutaan Oman di Negara Brunei Darussalam menganjurkan Galeri Pameran bertemakan 'Potret Keberangkatan Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Negara Kesultanan Oman' bertempat di Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja di Ibu Negara .

 

Berangkat merasmikan Galeri tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Wassien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

Hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Agung di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi.

 

Duta Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, galeri ini bertujuan untuk memperingati kejayaan yang dicapai dalam hubungan dua hala sepanjang 34 tahun yang lalu, dengan lawatan-lawatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Jelasnya, acara ini juga merupakan peluang yang terbaik untuk meraikan persamaan yang ketara dalam gaya kepimpinan Kebawah DYMM Sultan Qaboos bin Said dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, yang berasal dari persamaan yang dikongsi oleh kedua negara.

 

''Kami sangat berbangga bahawa Oman dan Brunei adalah satu-satunya kesultanan yang diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation),'' ujar TYT.

 

Kesultanan Oman dan Brunei Darussalam tambah TYT, menjalin hubungan diplomatik pada 24 Mac 1984, dan sejak itu hubungan dua hala sentiasa menikmati perkembangan yang mantap, dan telah mencapai pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang kerjasama.

 

Ianya terus diperkukuhkan dengan lawatan rasmi oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam tiga lawatan berasingan.

 

Lawatan pertama pada tahun 1984, telah meletakkan asas kukuh dalam mewujudkan hubungan Oman-Brunei, manakala lawatan kedua pada tahun 1985, menyumbang lagi kepada kerjasama dan pemahaman dua hala, untuk mempromosikan kepentingan bersama dan pencapaian matlamat yang sama.

 

Sementara lawatan negara ketiga pada tahun 2009 tambah TYT, membuka ruang terbuka luas di antara kedua negara dalam pelbagai bidang, di antaranya persetujuan mewujudkan perusahaan pelaburan Oman-Brunei dengan modal ASD100 juta, yang dikongsikan bersama antara kedua kerajaan dan berpusat di Muscat.

 

Hari ini, syarikat pelaburan Oman-Brunei adalah model peranan pelaburan bersama antara kedua-dua negara dengan portfolio pelaburan yang merangkumi sektor seperti penjagaan kesihatan, hospitaliti, infrastruktur dan pembuatan, jelas TYT.

 

Pada majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna juga berkenan menyaksikan tayangan dokumentari mengenai Kesultanan Oman.

 

Sejurus perasmian Galeri Pameran, Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung bagi menyaksikan pameran dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

Pameran potret-potret Keberangkatan Kebawah DYMM Ke Kesultanan Oman itu juga dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula hari ini, sehingga 30 Mei 2018 nanti, mengikut waktu-waktu lawatan Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17