Home > Sports
Legends Juara Kejohanan Bola Jaring UBD
March 23rd, 2018 | 09:36 AM | 1913 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Legends merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Jaring Sempena Pesta Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang diadakan baru-baru ini di Kompleks Sukan UBD.
Sementara itu, Pasukan GOBG pula menyandang naib juara pada kejohanan tersebut dan tempat ketiga diraih oleh pasukan IMX Netters.
Pemain Pertahanan Terbaik (Best Defender) kejohanan telah disandang oleh Dayang Nurlaylasahira Abd Rahim dari Pasukan IMX Netters manakala Penjaring Terbaik dimenangi oleh Nur Amilah Fadhlina binti Hamdan dari Pasukan A Team.
Manakala Pemain Terbaik disandang oleh Nur Haziqah Mazlani dari Pasukan Legends.
Sebanyak lima pasukan telah menyertai Kejohanan tersebut terdiri daripada IMX Netters, GOBF, Legends, A Team dan Jaggles!.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]