FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MKKJR Berperanan Penting Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya


 


 March 23rd, 2018  |  09:46 AM  |   611 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) berperanan penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sejak penubuhannya pada tahun 1977.

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi MKKJR menjelaskan demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Kedua MKKJR 2018 di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Bangunan Kementerian Perhubungan, Berakas.

 

Jelas Yang Berhormat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan dan pembangunan yang pesat terutama sekali dalam sektor pengangkutan darat, kadar kemalangan terutama yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan telahpun menunjukkan satu tren yang membimbangkan dan memerlukan perhatian khusus dalam menanganinya.   

 

Dalam hal ini katanya, MKKJR telah mengorak langkah dasar dan strateginya dimana, Alhamdullillah, diatas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jua, keahlian MKKJR telahpun diberi nafas baharu dengan beberapa pembaharuan seperti Pengerusi MKKJR yang lazimnya sebelum ini adalah di peringkat Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan telah dinaikkan ke peringkat Menteri, iaitu Menteri Perhubungan diikuti oleh dua Timbalan Pengerusi Bersama iaitu Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei dan juga Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.

 

Kedua jelasnya, lantikan beberapa ahli baharu daripada pelbagai pengalaman dan latarbelakang yang prominen dari pihak Kerajaan, bukan Kerajaan, akademia dan swasta termasuklah lantikan seorang Ahli Yang Berhormat Ahli Majlis Meysuarat Negara yang dilantik, dan juga beberapa keahlian dinaikkan ke peringkat Setiausaha Tetap bagi Kementerian-Kementerian yang berkepentingan dalam sama-sama menangani dan mempertingkatkan keselamatan jalan raya di negara ini; dan

 

Ketiga, memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan Urusetia MKKJR supaya lebih fokus dan secara tetap dengan keahliannya adalah daripada Kementerian Perhubungan dan Jabatan Pengangkutan Darat dibawah urustadbir Setiausaha kepada MKKJR.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, dengan struktur baharu ini, beberapa kumpulan-kumpulan tindakan juga akan ditubuhkan yang akan diterajui oleh beberapa kementerian dengan penglibatan semua lapisan masyarakat, selaras dengan pendekatan 'whole of nation'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19