FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Harapan Peroleh Kejayaan Buat Negara


 


 March 25th, 2018  |  10:51 AM  |   294 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para atlet boling padang yang akan mewakili negara ke Sukan Komanwel Ke XXI 2018 Gold Coast, Australia diharap dapat menunjukkan disiplin yang membanggakan di samping menunjukkan permainan yang lebih baik daripada sebelumnya.

 

 Demikian harapan yang dilahirkan oleh Jurulatih Boling Padang Negara, Awang Lokman bin Haji Md. Salleh ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Ke XXI 2018 Gold Coast, Australia di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

 Menurutnya lagi, latihan telah pun dilakukan sejak bulan Disember lagi di mana para atlet melakukan latihan harian pada setiap pagi dan petang.

 

Beliau turut berharap agar para pemain akan dapat memberikan saingan kepada pemain bertaraf dunia yang akan ikut serta pada kejohanan itu nanti.

 

 Sementara itu, atlet bagi acara Boling Padang Perseorangan, Dayang Hajah Amaliah binti Haji Matali menjelaskan bahawa persiapan dari segi mental amat mustahak memandangkan kurangnya pendedahan dalam kalangan atlet negara berbanding dengan negara-negara lain.

 

 Ini merupakan kejohanan kali kedua yang disertai di mana sebelum ini beliau juga pernah menyertai kejohanan yang sama yang diadakan di Manchester dan harapannya untuk kali ini adalah untuk beroleh kejayaan dan membawa pulang pingat bagi Negara Brunei Darussalam.

 

 Bagi Awang Abdul Rahman bin Haji Omar, peserta bagi acara Perseorangan dan 'Triples' pula berharap untuk memberikan permainan yang lebih baik daripada sebelumnya di mana kejohanan kali ini adalah yang keempat bagi diri beliau dalam penyertaan Sukan Komanwel.

 

 Menurutnya, pengalaman yang diraih daripada penyertaan yang terdahulu berbeza-beza kerana acara-acara yang diikuti sentiasa berubah-berubah justeru bermain dalam acara Perseorangan mahupun secara berkumpulan memang mempunyai perbezaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54