Home > Bahasa Melayu
JAPEM Terima Sumbangan Kerusi Roda
PEMANGKU Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria menerima sumbangan dari Lau Soon Hau, cucu kepada mendiang Pehin Kapitan Cina Kurnia Diraja Dato Paduka Lau Ah Kok.
March 25th, 2018 | 10:57 AM | 891 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan 10 buah kerusi roda dari Hua Ho Department Store hari ini.
Penyerahan tersebut berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Jalan Kebangsaan di sini.
Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria yang disampaikan oleh Lau Soon Hau, cucu kepada mendiang Pehin Kapitan Cina Kurnia Diraja Dato Paduka Lau Ah Kok.
Turut hadir, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong; pegawai-pegawai kanan JAPEM dan juga Urus Setia Motor Transport Licensing Authority (MTLA), Awang Haji Mohammad Syafien bin Abdullah Yandol serta wakil-wakil dari Hua Ho Department Store.
Menurut kenyataan Lau Soon Hau, pemberian sumbangan itu adalah untuk meneruskan semangat dan kemurahan hati mendiang datuk mereka dalam membantu golongan yang memerlukan di negara ini.
Sumbangan seperti ini adalah amat dihargai dan sedikit sebanyak membantu dalam usaha meningkatkan kesedaran dan membentukkan sikap positif dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menggalakkan penglibatan sukarelawan dan sumbangan lebih banyak daripada orang ramai, persatuan-persatuan atau syarikat terhadap golongan orang berkelainan upaya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]