FacebookInstagramTwitterContact

 

This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>           Media coalition asks the feds to investigate Google’s removal of California news links           >>           Google's wired Nest security camera is cheaper than ever           >>           Israel And Hezbollah: Fears Of Escalation After Flurry Of Attacks           >>           German Spying: Two Men Held Over Suspected Russian Sabotage Plot           >>           Trump Due Back In Court As Hunt For Jurors Goes On           >>           Burkina Faso's Pro-Russia Junta Expels French Diplomats           >>           Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker           >>           De Rossi To Remain Boss For 'Foreseeable Future' - Roma Owners           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dapatkan Maklumat Daripada Sumber Yang Sahih


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa berucap pada Sambutan Hari Kajicuaca Sedunia.

 


 March 25th, 2018  |  11:12 AM  |   333 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Hari Kajicuaca Sedunia pada tahun ini dengan tema 'Siap Siaga Cuaca Bijak Iklim' (Weather-Ready, Climate-Smart) menggambarkan usaha berterusan Jabatan Kajicuaca untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman awam mengenai peranan kajicuaca dalam kehidupan seharian.

 

 Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Kajicuaca Sedunia 2018 yang diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

 

Menurut Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) telah mengeluarkan sebanyak 360,000 ramalan cuaca awam dan 23,000 ramalan cuaca penerbangan dalam tempoh setahun dengan 338 amaran cuaca berkod warna pada tahun 2017.

 

 Sepanjang Tahun 2017 juga, katanya, BDMD telah mengeluarkan maklum balas ke atas lima maklumat kajicuaca bukan rasmi dan tidak berasas seperti yang ditularkan di Media Sosial.

 

"Di sini, saya ingin menekankan bahawa adalah penting untuk kita mendapatkan maklumat cuaca dari sumber-sumber yang sahih dan diperakui, iaitu daripada Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam," jelasnya.

 

Yang Berhormat Menteri Perhubungan turut menjelaskan, dengan peningkatan jumlah pengguna media sosial yang tinggi di negara ini dan langkah BDMD dalam membarigakan maklumat cuaca yang rasmi dan sahih melalui Media Sosial adalah satu kaedah penyampaian maklumat yang berkesan.

 

 "Saya percaya bahawa pengenalan National Weather Briefing ini akan menjurus ke arah sistem amaran awal yang mudah difahami dan lebih memudah cara pihak-pihak berkepentingan seperti petani, nelayan dan lain-lain pengamal bidang profesional mengikut keperluan kajicuaca mereka," tambahnya.

 

 Di samping itu, BDMD turut melaksanakan projek peningkatan keupayaan dalam membuat pencerapan cuaca dan pelaksanaan sistem amaran cuaca awal yang dikenali sebagai Sistem Pencerapan Cuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (Airport Automatic Weather Observation System - AWOS) yang diperuntukkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara.

 

"Saya percaya dengan perlaksanaan projek itu nanti, ia akan dapat meningkatkan aspek keselamatan penerbangan awam dengan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa," tambahnya.

 

 Yang Berhormat Menteri Perhubungan turut menjelaskan mengenai kepentingan bagi memupuk dan membudayakan 'mindset' bijak iklim (weather-smart) yang memerlukan sokongan padu pelbagai pihak bagi memastikan pengguna memahami dan memanafaatkan maklumat cuaca bagi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16