FacebookInstagramTwitterContact

 

Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>           Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding           >>           US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates           >>           Why A Deluge Of Chinese-Made Drugs Is Hard To Curb           >>           Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Suntik Semangat Petani Kurang Berkemampuan


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa melawat ke Ladang Sayur Chin, Kg Padnunak, Kiudang

 


 March 25th, 2018  |  11:18 AM  |   740 views

LUGU

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan terus memberikan galakan kepada para petani untuk bergiat dalam bidang pertanian termasuk golongan kurang berkemampuan. Antaranya ialah dengan memperkenalkan Teknik Pertanian Mudah dan Murah bagi golongan tersebut.

 

 Daripada simulasi kewangan yang dibuat, perusahaan yang dicadangkan ini dapat menghasilkan pengeluaran sayur-sayuran bernilai kira-kira BND400 - BND1,000 sebulan tertakluk kepada jenis sayur yang ditanam dan usaha gigih peserta-peserta tersebut. Modal yang diperlukan adalah antara BND30 hingga BND80 sahaja.

 

Sehubungan itu, majlis yang diadakan di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lugu di sini dihadiri oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat majlis.

 

 Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap KSSUP serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

 Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah menyerahkan model-model penanaman yang direka khas kepada empat peserta projek dari kalangan ibu-ibu tunggal yang menerima bantuan daripada pihak kerajaan.

 

Yang Berhormat kemudian berkesempatan melawat ke tapak projek ibu tunggal Dayang Adeyshahmi binti Haji Mat Niah di Kampung Bukit Panggal untuk melihat lebih dekat akan pelaksanaan projek berkenaan sebagai suntikan semangat kepada peserta.

 

 Lawatan diteruskan ke Moncherry Fruit Farm Sdn. Bhd. dan Ladang Chin di Kampung Padnunok, Kiudang bagi meninjau kemajuan ladang-ladang pengeluaran tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti 'Passion Fruit' atau Markisa dan sayur-sayuran.

 

 Ladang-ladang tersebut merupakan antara ladang yang diberikan perhatian penuh dan dijangka akan dapat menyumbang kepada peningkatan hasil-hasil pertanian dalam negara.

 

 Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke kediaman Dayang Nur Haziyah binti Muhammad Abas di Kampung Bukit, Tutong untuk menyaksikan model sistem serta bersua muka dengan peserta program ini.

 

 Lawatan juga diharap dapat memberikan dorongan dan semangat kepada semua peringkat orang ramai bagi mengusahakan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan peserta.

 

 Salah seorang ibu tunggal, Dayang Suraini binti Abdul Manaf di Kampung Lugu menyatakan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga kepada pihak KSSUP.

 

Menurut beliau, dengan ada bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka dan di samping menjana pendapatan harian dan membuka bisnes kecil-kecilan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17