FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dedahkan Pelajar Pelbagai Aspek Literasi Kewangan


MURID-MURID dari Sekolah Rendah Rimba 1, Sekolah Rendah Serasa dan Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin Muara menyertai Kempen Kesedaran Celik Kewangan yang diadakan di Sekolah Rendah Rimba 1.

 


 April 11th, 2018  |  11:06 AM  |   1664 views

RIMBA

 

Seramai 25 murid dari Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Serasa dan Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin (SUAS) Muara  menyertai Kempen Kesedaran Literasi Kewangan yang berlangsung di Sekolah Rendah Rimba I, di sini.

 

Kempen anjuran Jabatan Sekolah-sekolah sempena Bulan Literasi Kewangan Kebangsaan sepanjang bulan April ini dikendalikan oleh Insurans Islam TAIB Holdings (IITH) Sendirian Berhad.

 

Acara diisikan dengan beberapa aktiviti permainan yang dapat membantu murid-murid mempelajari pelbagai aspek literasi kewangan dan insuran Takaful.

 

Dengan tema Let's Play Shop!, aktiviti tersebut membolehkan murid-murid untuk memilih barang-barang yang mereka perlukan, mengira barang-barang yang dibeli dan usaha-usaha yang diperlukan agar mereka dapat membeli barangan tersebut sambil memikirkan literasi kewangan mereka.

 

Selain itu, mereka juga diberikan situasi yang tidak jangka bagi memberikan mereka pengalaman tentang bagaimana insuran Takaful dapat membantu mereka.

 

Melalui aktiviti tersebut, ia secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan cara wang diperoleh dan penggunaannya, bagaimana menabung dapat membantu mereka untuk mencapai matlamat mereka dan bagaimana insuran Takaful dapat membantu semasa kejadian-kejadian yang tidak dijangka.

 

IITH menyediakan permainan dan aktiviti perancangan kewangan untuk menekankan perbezaan perbelanjaan antara keperluan dan kehendak serta pengurusan kewangan yang bijak, dan  pada masa yang sama menggariskan kepentingan belanjawan.

 

Kempen Kesedaran Literasi Kewangan menggalakkan individu di seluruh Negara Brunei Darussalam untuk meluangkan masa berfikir dan membincangkan perkara-perkara mengenai wang mereka sendiri dan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang diperolehi untuk meningkatkan literasi dan kesejahteraan kewangan mereka.

 

Objektif kempen tersebut adalah untuk mendokong  Wawasan Brunei 2035 iaitu mempunyai rakyat yang mahir dan berpengetahuan, meningkatkan kualiti hidup rakyat serta pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

 

Bulan Literasi Kewangan Kebangsaan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan literasi kewangan dan keperluan untuk pendidikan kewangan.

 

Penyertaan IITH pada acara tersebut merupakan aktiviti dan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meningkatkan kesedaran literasi kewangan di Negara Brunei Darussalam dan ianya terbukti dengan kekerapan dalam memberikan ceramah-ceramah perancangan kewangan bagi murid-murid dan kakitangan di pelbagai institusi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54