FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Barigakan Maklumat Berkaitan ASEAN Kepada Pelajar


BERGAMBAR ramai bersama pemenang Kuiz ASEAN.

 


 April 11th, 2018  |  11:43 AM  |   566 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jerayawara Kenali ASEAN yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI terus giat diadakan di sekolah-sekolah menengah di negara ini.

 

Sehubungan itu, jerayawara berkenaan telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab yang turut dihadiri oleh Pengetua sekolah berkenaan iaitu Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat.

 

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Awang Isa bin Haji Abdul Rahman.

 

Jerayawara dihadiri oleh 452 penuntut Tahun 7, 8 dan 9 sekolah tersebut.

 

Tujuan jerayawara ini adalah untuk membarigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada para penuntut sekolah menengah di negara ini kerana mereka adalah golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini.

 

Ia juga dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

 

Taklimat ini juga dapat menanamkan kesedaran dan rasa milik dalam kalangan para penuntut sekolah sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu ldentiti, Satu Komuniti.

 

Pegawai Penerangan, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim selaku Setiausaha bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan turut berkesempatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada 10 penuntut yang berjaya menjawab Kuiz ASEAN.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.

 

Program tersebut adalah salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisma dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam  sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, dalam masa yang sama juga  mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntut-penuntut di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54