Home > Bahasa Melayu
Program 'Bijak Jawi' Tningkatkan Kemahiran Pelajar
PEMANGKU Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Dayang Hajijah binti Haji Moktal melancarkan Program 'Bijak Jawi' berlangsung di Sekolah Ugama Pelambayan, Kawasan Brunei I, di sini.
April 11th, 2018 | 13:06 PM | 2011 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang celik jawi serta akan kepentingan membaca / kemahiran jawi dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kokurikulum mengadakan Program 'Bijak Jawi' bagi meningkatkan kemahiran jawi dalam kalangan pelajar-pelajar persekolahan ugama seluruh negara.
Program ini dihasratkan untuk melibatkan murid-murid sekolah sebagai satu alternatif bagi mempelbagaikan aktiviti kokurikulum.
Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan Program 'Bijak Jawi' ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Dayang Hajijah binti Haji Moktal. Majlis berlangsung di Sekolah Ugama Pelambayan, Kawasan Brunei I, di sini.
Antara lain tujuan program ini diadakan, untuk memperkukuhkan kesedaran budaya membaca jawi sebagai amalan berterusan; Memberi kesan jangka panjang peningkatan literasi jawi kepada pelajar-pelajar.
Seramai 200 pelajar terlibat dalam program berkenaan terdiri daripada pelajar-pelajar Darjah Pra hingga Darjah VI kawasan Brunei I dan pelajar-pelajar Pendidikan Khas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]