Home > Bahasa Melayu
Kukuhkan Kolaborasi Rangkaian Kerjasama APMS 2020
BERGAMBAR ramai bersama para delegasi Mesyuarat The Third Meeting of ASEAN Task Force on Peatlands (3rd ATFP) yang sedang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.
April 11th, 2018 | 13:12 PM | 683 views
BERAKAS
Mesyuarat The Third Meeting of ASEAN Task Force on Peatlands (3rd ATFP) yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini, memberikan laluan untuk para delegasi berbincang dan mengemaskini laporan terkini daripada negara-negara ahli serta inisiatif serantau bagi menyokong ASEAN Programme on Sustainable Management of Peatland Ecosystems (APSMPE).
Pada tahun ini Negara Brunei Darussalam merupakan tuan rumah bagi Mesyuarat 3rd ATFP yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit dibantu oleh Director Environment Conservation Department, Myanmar, Dr. San Oo selaku Vice Chairperson.
Selain delegasi dari negara-negara anggota ASEAN, mesyuarat turut dihadiri oleh perwakilan daripada Global Environment Centre (GEC), European Union (EU), International Fund for Agricultural Development (IFAD), Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit GmbH (GIZ) and The International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Para delegasi juga akan berpeluang mendengarkan penerangan di Tropical Biodiversity Centre, Sungai Liang dan melawat ke Peatswamp Forest di Jalan Badas, Seria bagi meninjau usaha-usaha yang telah dijalankan pada hari kedua mereka berada di negara ini.
Terdahulu dalam ucapan alu-aluan dari Dayang Martinah selaku Pengerusi mesyuarat, turut berharap sepanjang mesyuarat tersebut para delegasi akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam meneroka peluang-peluang bagi aktiviti kolaborasi yang baharu.
Mesyuarat tersebut bakal menilai implementasi APMS dan mengemaskini peta jalan ASEAN Cooperative towards Transboundary Haze Pollution Control.
Mesyuarat Task Force ini merupakan landasan untuk negara anggota ASEAN berbincang dan mengukuhkan lagi kolaborasi dan rangkaian kerjasama ke arah pelaksanaan pelan strategi ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) menjelang tahun 2020.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]