Home > Bahasa Melayu
Pejabat Peguam Negara Terima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan BSP
PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP), Dr. Ceri M Powell.
April 13th, 2018 | 10:27 AM | 617 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd. Salleh menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP), Dr. Ceri M Powell, di Bangunan Undang-Undang hari ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Peguam Negara dan Dr. Powell telah bertukar pandangan mengenai kerjasama di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan BSP, termasuk didalam menambahbaikkan kepakaran dan bakat tempatan dalam sektor minyak dan gas.
Dr. Powell juga menyampaikan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk peranan dan sumbangan Pejabat tersebut di dalam industri minyak dan gas selama ini.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]