Home > Bahasa Melayu
Lawatan Pengenalan Pemerintah TDDB Ke Republik Singapura
PEMERINTAH Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Singapura yang baru dilantik, Mejar Jeneral Melvyn Ong.
April 14th, 2018 | 11:30 AM | 853 views
REPUBLIK SINGAPURA
Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan pengenalan ke Republik Singapura pada 9 hingga 11 April 2018.
Ketibaan Pemerintah TDDB di Kementerian Pertahanan Republik Singapura dialu-alukan oleh Pemerintah 6 Divisyen Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Kolonel Leung Shing Tai.
Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed kemudian membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang diberikan oleh Angkatan Bersenjata Republik Singapura.
Pemerintah TDDB mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Tentera Darat Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Brigedier Jeneral Goh Si Hou dan Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Singapura yang baru dilantik, Mejar Jeneral Melvyn Ong.
Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed seterusnya membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen.
Kedua-dua belah pihak memuji hubungan pertahanan yang erat di antara TDDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan mengesahkan kerjasama pertahanan dua hala di antara kedua buah negara di mana sejarah setiakawan antara kedua buah negeri tersebut adalah berdasarkan kepercayaan dan kerjasama. Antara perkara yang ditekankan semasa kunjungan tersebut adalah perkongsian kemudahan dan prasarana latihan dan penerimaan peserta kursus dari luar.
Pemerintah TDDB juga membuat kunjungan ke Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI) dan 4th Singapore Armoured Brigade.
Lawatan pengenalan Pemerintah TDDB menandakan kerjasama hubungan pertahanan yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura terjalin melalui kunjungan rasmi, interaksi yang kerap, eksesais dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional serta latihan dan kursus.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]