FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Masjid RPN Kampung Pandan Tumpuan Jemaah Daerah Belait


BAGI Daerah Belait tumpuan diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan dan hadir selaku Tetamu Khas ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian, Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein.

 


 April 14th, 2018  |  11:41 AM  |   855 views

KUALA BELAIT

 

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengungkayahkan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah yang dilaksanakan secara serentak di masjid-masjid, surau-surau serta balai ibadat seluruh negara dengan beberapa buah masjid utama di keempat daerah.

 

 Bagi Daerah Belait, Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan yang dihadiri oleh Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien.

 

 Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah yang diimamkan oleh Tenaga Pengajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal  Bolkiah, Awang Sujsiri bin Haji Dollah dan surah yang dibaca pada rakaat pertama ialah surah Al-Fatihah dan As Sajadah semantara pada rakaat kedua, surah Al-Fatihah dan Al Insan.

 

 Acara diserikan lagi dengan tazkirah bertajuk Sembahyang Berjemaah Meraih Berkat disampaikan oleh  Daie' Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Hilman bin Haji Salim yang juga Pengasas Bersama Al-Minhaaj Centre.

 

 Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai dan disudahi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Julazni bin Haji Zaini.

 

 Usaha seumpama itu dilaksanakan untuk meningkatkan keramaiaan orang yang sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di samping memakmurkan rumah Allah dengan meramaikan kehadiran jemaah untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah.

 

 Antara yang menghadiri sembahyang Fardu Subuh berjemaah tersebut yang terdiri daripada Jemputan-Jemputan Khas, Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari warga Perkhidmatan Awam, pegawai beruniform dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Kumpulan Belia Masjid dan Jemaah Masjid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16