Home > Bahasa Melayu
Jemaah Umrah Selamat Tiba
JEMAAH umrah yang mengikuti At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd selamat tiba ke tanah air pada jam 8.23 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB)
April 17th, 2018 | 14:43 PM | 467 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 36 orang jemaah umrah yang mengikuti At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd selamat tiba ke tanah air pada hari ini, jam 8.23 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
Hadir menyambut kehadiran para jemaah ialah pegawai dan kakitangan At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd.
Sebelum para jemaah bersurai dari ruang legar LTAB, doa selamat dibacakan oleh pegawai dari syarikat tersebut, Ak. Mohd. Naasiruddeen bin Pg. Haji Yusoff yang juga merupakan pegawai pengiring jemaah semasa berada di tanah suci. Beliau seterusnya menyampaikan ucapan selamat kepada para jemaah.
Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi mengulas bahawa At Taqwa telah memberikan khidmat yang amat teratur, tersusun dan mengikut kehendak yang diaturkan dari semasa ke semasa.
Dalam perjalanan, rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Madinah dan Mekah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]