Home > Bahasa Melayu
Pendaftaran Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat 'O', 'AS', 'A' Dan IGCSE Oktober / November 2018
April 17th, 2018 | 14:59 PM | 1865 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran bagi Peperiksaan Brunei Cambridge G.C.E Peringkat 'O', 'AS', 'A' dan IGCSE bagi bulan Oktober / November 2018 bermula hari Isnin, 16 April 2018 hingga hari Selasa, 5 Jun 2018.
Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan di 'www.moe.gov.bn.' Borang-borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada hari Selasa, 5 Jun 2018.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]