Home > Bahasa Melayu
Waspada Panggilan Palsu Dan Penipuan (Phone Scam)
April 18th, 2018 | 10:49 AM | 2292 views
BRUNEI MUARA
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada ekoran beberapa aduan telah diterima berhubung menerima panggilan telefon daripada nombor talian asing atau nombor yang tidak dikenali, dipercayai panggilan palsu atau dikhuatiri berunsur sindikit penipuan.
Antara lain nombor talian yang diterima seperti +41742773620 daripada negara Switzerland, +237800000631 daripada negara Cameroon dan +442039361463 daripada United Kingdom.
Justeru itu, pihak polis menyarankan dan mengingatkan orang ramai agar tidak menjawab sebarang panggilan telefon dari luar negara yang tidak dikenali dan mencurigakan.
Di samping itu juga, ditekankan untuk tidak memberi sebarang maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan atas talian, atau kod CVV pada kad bank yang dimiliki kepada yang membuat panggilan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]