FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Rondaan Jenayah Pastikan Keselamatan Kampung


OPERASI rondaan menggunakan perahu bersama Ahli PK Kampung Puni Mukim Bangar.

 


 April 18th, 2018  |  11:01 AM  |   1087 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Operasi rondaan pencegahan jenayah di tiga kawasan berlainan adalah langkah bijak Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama Pengawasan Kejiranan (PK) bagi memastikan keselamatan kampung dan sekitarnya terjaga.

 

Di Daerah Temburong kelmarin, operasi rondaan menggunakan perahu bersama Ahli PK Kampung Puni Mukim Bangar diadakan dan diketuai oleh Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Temburong, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil bersama enam anggota dari balai berkenaan.

 

Ikut serta, Penghulu Mukim Bangar, Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin selaku Penasihat PK serta enam Ahli PK Kampung Puni.

 

Sebelum memulakan rondaan, langkah-langkah keselamatan, seterusnya kawasan-kawasan dan tempat-tempat yang akan dipantau diterangkan kepada ahli PK yang terlibat.

 

Rondaan tersebut menggunakan dua perahu PDB dan sebuah perahu milik Ahli PK Kampung Puni, iaitu Awang Kalong bin Haji Johar.

 

Rondaan dan pemantauan menggunakan perahu dijalankan di sepanjang Sungai Pandaruan sempadan di antara Sungai Temburong, Brunei Darussalam dan Limbang, Sarawak.

 

Ia juga tertumpu di sepanjang Sungai Kampung Ujong Jalan dan Kampung Puni. Program aktiviti pencegahan jenayah itu bukan sahaja membantu pihak polis menangani jenayah terutama di kawasan perumahan masing-masing, malahan dapat mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan bangunan-bangunan komersial, pusat membeli belah, kompleks-kompleks dan sempadan-sempadan Sungai Brunei.

 

Untuk memastikan PK dapat terus berfungsi dengan berkesan, pelbagai program diatur termasuk menjalinkan kesefahaman dengan pihak Polis dalam menjalankan rondaan bersama serta tunjuk ajar mengenai tindakan yang perlu ketika membuat rondaan.

 

Selain itu, usaha tersebut bukan sahaja melalui rondaan, tetapi juga meliputi pendekatan ke rumah-rumah ahli PK.

 

Sementara itu, pada 15 April lalu, di Daerah Brunei dan Muara, rondaan bersepadu PK Daerah Polis Brunei Muara diteruskan, melibatkan 15 anggota Polis dari Balai Polis Pusat BSB, Balai Polis Berakas, Balai Polis Limau Manis, Balai Polis Kampong Ayer dan Balai Polis Muara menjalankan rondaan ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

 

Pada 15 April juga, rondaan diadakan di Kuala Belait. Seramai lima Ahli PK Kampung Pandan 'B' bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti rondaan pencegahan jenayah bersama Balai Polis Kuala Belait.

 

Rondaan bermula pada jam 10.30 malam, dari Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan hingga ke kawasan persekitaran kawasan bangunan-bangunan komersial.

 

Tidak ada sebarang aktiviti jenayah berlaku pada sepanjang rondaan-rondaan berkenaan dijalankan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19