Home > Bahasa Melayu
Mangsa Kebakaran Di Kampung Pancha Delima Terima Wang Agihan Zakat
PEMANGKU Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat selaku wakil kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam, Pengiran Hajah Normaswati binti Pengiran Haji Metusin semasa menyerahkan agihan wang zakat kepada mangsa kebakaran
April 19th, 2018 | 12:39 PM | 688 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam usaha meringankan bebanan mangsa kebakaran rumah baru-baru ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah menyerahkan Wang Agihan Zakat sebanyak BND1,000.00 kepada mangsa kebakaran di Kampung Pancha Delima, Berakas.
Majlis penyerahan diadakan di No: 3, Simpang 94-19-20-7, Kampung Pancha Delima yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat selaku wakil kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam, Pengiran Hajah Normaswati binti Pengiran Haji Metusin.
Agihan Zakat tersebut diserahkan kepada mangsa kebakaran iaitu seramai lima orang penghuni rumah tersebut iaitu Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Latip (Pemilik Rumah) sebanyak BND200.00, Hajah Marlena@Maryln binti Abdullah (Isteri Pemilik Rumah) sebanyak BND200.00, Awang Md Shahrin bin Haji Abdul Rahman (anak) sebanyak BND200.00, Dayang Norjailah binti Haji Abdul Rahman (anak) sebanyak BND200.00 dan Awang Md. Yusri Ar Rayyan binti Md. Yusrin (cucu) sebanyak BND200.00.
Kesemua wang tunai itu diambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin untuk meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa, dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]