Home > Bahasa Melayu
CIBFM Adakan Seminar
PENGARAH Urusan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi CIBFM Berhad hadir selaku tetamu kehormat pada seminar bertajuk 'Challenges of Innovation : Qua Vadis Islamic Finance'.
April 19th, 2018 | 12:53 PM | 776 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Perbankan dan Pengurusan Islam (CIBFM) mengadakan seminar bertajuk 'Challenges of Innovation : Qua Vadis Islamic Finance' bertempat di Hotel Radisson, di ibu negara, di sini.
Seminar setengah hari itu tertumpu pada cabaran-cabaran yang berkenaan dengan inovasi di dalam kewangan Islam, khususnya dengan peningkatan dalam penggunaan aplikasi 'fintech' di dalam transaksi-transaksi kewangan dan automasi proses-proses perbankan.
Selain itu, ia juga turut menyentuh mengenai bagaimana Kewangan Islam boleh membantu menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG) dan Socially Responsible Investments (SRI) yang berleluasa.
Para peserta seminar juga turut berpeluang mendengarkan taklimat bertajuk 'The Future of Finance' yang disampaikan oleh Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohammad Ali dari Islamic Capital Market Consultant, Securities Commission Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd., Mohammad Ridzuan bin Abdul Aziz dengan tajuk 'Islamic Finance : Fintech and Cryptos'.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi CIBFM Berhad.
Lebih 50 peserta dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, industri kewangan dan akademia, termasuklah dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) menyertai seminar berkenaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai CIBFM dan program serta aktiviti yang akan datang, sila layari laman sesawang CIBFM di 'www.cibfmbrunei.com' atau akaun Facebook 'CIBFM Brunei' dan Instagram '@cibfm.brunei'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]