Home > Bahasa Melayu
Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei Kali Ke-11
TETAMU kehormat menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Haziyah binti Abdul Rahman dari Hazeeyah Agro Farm.
April 19th, 2018 | 14:28 PM | 920 views
BERAKAS
Hazeeyah Agro Farm berjaya memenangi The Most Oustanding Award pada Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei Kali Ke-11, Tahun 2017 - 2018 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.
Manakala, The Most Outstanding Enterprising Company pula dimenangi oleh Team One, sementara The Most Sustainable Enterprising Company pula dimenangi oleh Mecatronic Technology Sdn. Bhd.
Al Huffaz Management pula berjaya memenangi anugerah The Most Progressive Achiever, manakala anugerah The Most Innovative Enterprise dan The Most Promising Young Entreprenuer masing-masing dimenangi oleh Muqtazza dan Teach Me Guru.
Hadir selaku tetamu kehormat menyampakian anugerah ialah Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.
Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut menjelaskan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui pelbagai kementerian dan agensi menyedari sepenuhnya cabaran yang dihadapi oleh usahawan muda tempatan.
Sehubungan itu, jelasnya kerajaan juga telah menerokai pelbagai cara untuk menyediakan ekosistem perniagaan yang lebih komprehensif dan bersepadu sepenuhnya kepada pengusaha tempatan.
Selain itu, pengiktirafan juga diberikan dalam Kategori 'A' (Pelan Perniagaan) yang dinilai berdasarkan daya maju dan kesempurnaan pelan perniagaan mereka, keupayaan inovatif, kemahiran persembahan dan 'pitching', manakala Kategori 'B' (Perusahaan) dinilai berdasarkan kekuatan model perniagaan dan mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan mereka.
Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei adalah sebahagian daripada program antarabangsa LiveWIRE yang berprestij dan penting di seluruh dunia, yang dibiayai sepenuhnya oleh Brunei Shell Petroleum sebagai pelaburan sosial perdananya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]