Home > Bahasa Melayu
Negara Perlukan Kepimpinan Berkualiti
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
April 19th, 2018 | 14:58 PM | 418 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi membangunkan sebuah negara maju, makmur dan progresif, memerlukan kepimpinan berkualiti yang diajukan oleh Islam, berdedikasi serta berintegrasi dari segi mental, fizikal dan spiritual, adil, saksama, berakhlak mulia juga berpegang teguh pada undang-undang shariah.
Ia sebagai contoh pada kepimpinan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Madinah.
Justeru itu, bagi menyempurnakan risalah Baginda itu 'gagasan umran' diperkenalkan dan dijadikan sebagai mekanisme 'mover' pada pembangunan.
Perkara itu antara inti pati ceramah, bertajuk Berdedikasi dan Berintegriti Berlandaskan Ajaran Islam yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Profesor Dr. Mahyuddin bin Haji Yahya dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1439 Hijrah / 2018 Masihi yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Majlis itu diselajurkan dengan penyampaian sijil perkhidmatan kepada seramai 66 pegawai serta kakitangan yang bersara di KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya pada tahun 2006.
Acara tersebut bertujuan bagi memperingati peristiwa Israk dan Mikraj juga bagi menghargai serta mengenang jasa bakti pegawai dan kakitangan yang pernah bertugas dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]