Home > Bahasa Melayu
Berangkat Tiba Di UK Bagi Menghadiri CHOGM
KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Stansted, London dijunjung oleh Vice Lord Lieutenant, Mr. Dennis George Wrench.
April 19th, 2018 | 16:11 PM | 525 views
LONDON, UNITED KINGDOM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di United Kingdom bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang akan berlangsung mulai 18 hingga 20 April 2018.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Stansted, London dijunjung oleh Vice Lord Lieutenant, Mr. Dennis George Wrench dan Special Representative of the Foreign Secretary, Mr. Michael John Holloway.
Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Northern Ireland, Pengiran Hajah Rooslina Weti binti Pengiran Haji Kamaludin.
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun ini yang bertemakan “Towards A Common Future” akan memfokus kepada mengukuhkan institusi Komanwel yang lebih responsif kepada cabaran-cabaran global ke arah masa hadapan yang lebih sejahtera, stabil, mampan dan adil bagi masyarakatnya terutama generasi muda.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]