FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gilap Bakat Sukan Pelajar IPT, Politeknik


SUKAN tarik kalat antara sukan padang yang dipertandingkan dan mendapat perhatian pelajar.

 


 April 21st, 2018  |  12:29 PM  |   899 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sekolah Sains dan Kejuruteraan Politeknik Brunei (PB) muncul sebagai juara tahunan 'Politeknik Brunei Sports Fiesta 2018' yang diadakan di Padang Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.

 

Sekolah Perniagaan menduduki tempat kedua diikuti Sekolah Sains Kesihatan di tempat ketiga dan Sekolah ICT dan Kakitangan PB masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

 

Acara sukan itu menyaksikan penyertaan kakitangan dan pelajar PB dari empat sekolah, iaitu Sekolah Perdagangan, Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sekolah Sains dan Kejuruteraan dan Sekolah Sains Kesihatan dan pelajar jemputan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti UBD dan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Dalam pada itu, UBD memenangi Kategori jemputan dalam 4x100m persaingan antara IPT, manakala PB memenangi pingat perak dan UTB memenangi pingat gangsa.

 

Majlis tersebut dirasmikan oleh tetamu kehormat, Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai.

 

Sementara itu, Atlet Terbaik Kategori Wanita disandang oleh Dayang Nurun Nadwah Izzati dari Sekolah Perniagaan; Atlet Terbaik Kategori Lelaki diraih oleh Awang Izz Muqri dari Sekolah Perniagaan; 'Best House Master' dan 'Best House Mistress' masing-masing dimenangi oleh Awang Muhd. Khairuldin bin Mohd. Alidin dan Dayang Hamizah @ Fateen binti Md. Taha dari Sekolah Perniagaan.

 

Dengan merebut 23 Emas, 16 Emas dan 15 Gangsa, pingat juga disampaikan kepada pemenang  individu dan kumpulan kategori dan trek masing-masing bagi 400m, 100m, 200m, 4x100m, 8x50m, Javelin, Shot Put, Discus dan Tug of War di akhir acara.

 

Politeknik Brunei Sports Fiesta 2018 yang bermula sejak akhir Februari, juga menyaksikan kejohanan bola sepak dan futsal yang menyaksikan Sekolah Perniagaan sebagai pemenang perlawanan.

 

Antara aktiviti sukan yang diadakan sepanjang pesta sukan tersebut ialah 'E-Sports' (Gaming), Ragbi, 'Topspin', Badminton, Bola Jaring, Pool, Skuasy, Frisbee, Bola Tampar dan 'Dogdgeball'.

 

Objektif acara itu adalah untuk mengukuhkan semangat dan ikatan pasukan di kalangan para pelajar serta pensyarah mereka, selain memberi peluang kepada pelajar yang mengambil bahagian untuk menggilap bakat mereka dan meningkatkan semangat dan keazaman mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54