Home > Bahasa Melayu
Lapan Penolong Pegawai Balai Naik Pangkat
April 21st, 2018 | 14:18 PM | 1685 views
BERAKAS
Seramai lapan penolong pegawai balai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pegawai Balai.
Mereka terdiri daripada ASO Misli bin Haji Pungut; ASO Ramlee bin Haji Abdul Rahman; ASO Shahrin bin Haji Marali; ASO Razali bin Haji Umar; ASO Haji Noordin bin Haji Lias; ASO Mohammad @ Hamidon bin Zinab; ASO Ali bin Haji Amlee dan ASO Safiah binti Haji Shamsuddin.
Bagi meraikan para pegawai berkenaan, Majlis Penyampaian Tanda Pangkat diadakan pada Khamis, 19 April di Mess Pegawai, Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan tanda pangkat ialah Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan.
Doa Selamat dibacakan oleh Pemangku Ketua Guru Agama Bomba dan Penyelamat, Awang Othman bin Asat.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah Penolong-penolong Pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan jabatan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]