Home > Bahasa Melayu
TDDB Terima Lima Bot Peronda
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan menyerahkan bot peronda kepada Pemerintah TDDB, Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh.
April 21st, 2018 | 15:22 PM | 1709 views
MUARA
Sebanyak lima buah bot peronda diserahkan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang merupakan salah satu aset penting dan signifikan bagi unit berkenaan dalam menanai salah satu peranannya, iaitu membuat rondaan sungai serta membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
Upacara Penyerahan Bot Peronda KH-27 TDDB diadakan di Pangakalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), di sini.
Hadir selalu tetamu kehormat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Penyerahan disempurnakan oleh tetamu kehormat kepada Pemerintah TDDB, Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh.
Bot peronda KH-27 mempunyai kepanjangan 28 kaki 5 inci dengan seberat 1800 kilogram dan boleh mencapai kelajuan hingga 40 knot.
Ia juga boleh membawa muatan seramai 14 orang, iaitu dua anak kapal dan 12 penumpang.
Semasa upacara tersebut, tetamu kehormat berkesempatan untuk menaiki bot peronda berkenaan, bermula di Jeti Alpha, Pangkalan Tentera Laut dan berakhir di Pusat Sukan Air ABDB, Serasa.
Turut hadir pada upacara tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS), pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]