Home > Bahasa Melayu
Berangkat Ke Majlis Santap Malam
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the U
April 21st, 2018 | 16:17 PM | 518 views
LONDON, UNITED KINGDOM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bagi meraikan Ketua-ketua Kerajaan yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.
Sejurus keberangkatan tiba di Buckingham Palace, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung berangkat ke Blue Drawing Room dan dialu-alukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya beredar bersama-sama Ketua-ketua Kerajaan yang lain ke Picture Gallery bagi Majlis Santap tersebut.
Majlis Santap dimulakan dengan ucapan daripada Perdana Menteri New Zealand, Puan Yang Terutama The Right Honourable Jacinda Ardern diikuti dengan ucapan daripada Presiden Republik Ghana, Tuan Yang Terutama Nana Addo Dankwa Akufo-Ado.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland mengalu-alukan kedatangan para pemimpin, tetamu-tetamu khas dan perwakilan yang hadir.
Majlis Santap tersebut diadakan di Buckingham Palace, London.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]