Home > Bahasa Melayu
Pasukan Thailand Bersedia Beri Saingan
TEMU BUAL bersama pengurus dan pemain Thailand.
April 23rd, 2018 | 12:28 PM | 648 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Bola Sepak Thailand menaruh harapan agar dapat meraih kejuaraan pada Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018 (HBT) kali ini, selain untuk memberi peluang pendedahan kepada pemain muda pasukan tersebut.
Pengurus Pasukan Thailand, Maruay Marha Saranukun menjelaskan perkara tersebut pada sesi temu bual bersama pihak media yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, petang tadi.
Beliau menambah, melalui kejohanan ini, para pemainnya akan dapat meraih pengalaman dan sebagai persediaan bagi mengikuti Sukan Asia dan Sukan SEA yang akan datang.
Menurutnya, pasukan belia Thailand ini juga ada mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan, bagi mengasah lagi permainan mereka sebelum menghadapi Kejohanan HBT ini.
Menyentuh mengenai para pemainnya, Maruay menjelaskan, mereka terdiri daripada pemain-pemain yang mewakili kelab-kelab tempatan di Thailand.
Sementara itu, salah seorang pemain pasukan Thailand, Siri Mongkol, menjelaskan pasukannya sudah bersiap sedia untuk memberi saingan pada kejohanan ini, di mana mereka telah membuat latihan bersungguh-sungguh setiap hari dan percaya dengan latihan yang jitu akan memberikan impak yang baik semasa bermain di padang.
''Kami juga membuat latihan bagi mempertajamkan lagi permainan dari segi pertahanan dan serangan (Defense and attack), di mana menurut jurulatih kami, adalah mustahak bagi para pemain mengetahui taktik dan permainan,'' jelasnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]