FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei Siap Sedia Menentang Timor Leste


SIDANG Media bersama Pengurus pasukan Kumpulan 'A'.

 


 April 23rd, 2018  |  12:36 PM  |   941 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Empat pasukan dalam Kumpulan 'A' bagi Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak bagi Belia ASEAN (HBT) 2018 iaitu Thailand, Myanmar, Timor Leste dan tuan rumah, Negara Brunei Darussalam, setentunya dijangka akan menjadi tumpuan perlawanan bagi kejohanan kali ini yang mengumpulkan pasukan-pasukan yang dikira hebat dan tidak asing di arena bola sepak rantau ini.

 

Dalam sidang media Pra Perlawanan bagi Kumpulan 'A' yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini, bersama Pengurus Pasukan dan Ketua Jurulatih dalam kumpulan itu menyatakan, kejohanan ini adalah penting bagi setiap pasukan negara yang menyertainya.

 

Ketua Jurulatih Pasukan Thailand, Issara Sritaro antara lain berharap pasukan negara gajah putih itu akan dapat mengambil pengalaman dan mempamerkan aksi yang baik bagi anak buahnya dalam perlawanan itu nanti.

 

Tambahnya, setiap negara sudah pasti menyasarkan untuk menjadi juara dan di samping itu, kejohanan ini juga dapat mempersiapkan pasukannya bagi Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2019 nanti.

 

Sementara itu, Pengurus Pasukan Timor Leste, Gelasio Da Silva Carvalho mengakui kumpulan 'A' merupakan pasukan-pasukan yang kuat dan menerusi kejohanan ini juga, Timor Leste akan dapat mempersiapkan diri dalam mengumpulkan pemain belia mereka berusia 21 tahun bagi Asian Games pada bulan Ogos hadapan nanti.

 

Ketua Jurulatih Pasukan Brunei, Mario Rivera Campesino pula menyatakan HBT merupakan platform bagi mereka dalam menimba pengalaman dan latihan serta persiapan bagi AFF tahun hadapan dan bagi beliau, Thailand dan Myanmar merupakan pesaing bagi pasukan negara.

 

Manakala Pengurus Pasukan Brunei, Awang Zahrin bin Haji Zunaidi menyatakan, selaku negara penganjur, setentunya menaruh harapan yang tinggi bagi Kejohanan HBT tahun ini dan pasukan Negara Brunei Darussalam juga telah bersiap sedia bagi perlawanan pembukaan menentang pasukan Timor Leste.

 

Menurut Pengurus Pasukan Myanmar, Than Toe Aung, HBT kali ini sangat penting, kerana ia dapat mempersiapkan pemain pasukan muda mereka untuk menghadapi kejohanan yang akan datang.

 

Jelasnya, berada dalam Kumpulan 'A', saingan terhebat adalah pasukan Thailand, namun kesemua pasukan adalah pesaing, dan kami berharap dapat meraih pengalaman yang banyak melalui kejohanan ini dan seterusnya dapat melangkah ke peringkat akhir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54