FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lelaki Tempatan Maut Dalam Kemalangan


KEMALANGAN yang berlaku di kawasan Jalan Permaisuara, Kampung Beribi itu telah meragut nyawa mangsa.

 


 April 23rd, 2018  |  12:43 PM  |   1723 views

BRUNEI MUARA

 

Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kemalangan jalan raya selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

 

Pihak polis menerima panggilan kecemasan berkenaan pada 21 April 2018 kira-kira jam 2.05 pagi menyatakan ada kemalangan sebuah kereta berlaku di kawasan Jalan Permaisuara, Kampung Beribi.

 

Selepas menerima laporan tersebut, Pegawai Penyiasat Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan segera ke tempat kejadian dan mengesahkan kemalangan tersebut.

 

Mangsa kemalangan, Javen Sui Soon Seng, 27 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menerima rawatan segera. Mangsa kemudianya disahkan meninggal dunia pada sekitar jam 3.20 pagi.

 

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Walaubagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menegaskan kepada semua pengguna jalan raya untuk sentiasa memastikan semasa memandu kenderaan hendaklah dalam keadaan layak untuk memandu (Fit To Drive) seperti tidak mengantuk atau dipengaruhi oleh sebarang ubat-ubatan atau di bawah pengaruh alkohol dan sebagainya.

 

Sehubungan itu, jika didapati pemandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol, pemandu boleh didakwa di bawah seksyen 26 (1) Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 dan boleh dijatuhkan hukuman denda berjumlah BND10,000 dan penjara selama dua tahun dan jika didapati melakukan kesalahan kali kedua atau seterusnya, denda berjumlah BND20,000 dan penjara selama empat tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17