FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Cemerlang SM PAPHM Diraikan


TETAMU kehormat, Pemangku Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

 


 April 24th, 2018  |  12:20 PM  |   981 views

SUNGAI AKAR

 

Seramai 125 pelajar Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SM PAPHM) yang cemerlang dalam peperiksaan Peringkat BC GCE 'O' / IGCSE bagi Tahun 2017 diraikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Akademik.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan ialah, Pemangku Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli.

 

Daripada jumlah berkenaan, 14 pelajar menerima hadiah Pelajar Terbaik, lima pelajar menerima hadiah bagi pencapaian kepujian (A*) dalam mata pelajaran Chemistry, IRK, English Language dan Sastera manakala 106 pelajar lagi menerima hadiah bagi pencapaian lima kredit dan ke atas.

 

Terdahulu, Pengetua SM PAPHM, Dayang Hajah Norwen binti Haji Ibrahim dalam ucapannya menjelaskan, majlis tersebut adalah sebagai penghargaan kepada mereka kerana membantu pihak sekolah mencapai 50.24 peratus di dalam peperiksaan BC GCE 'O' / IGCSE bagi Tahun 2017.

 

Pada peperiksaan Peringkat BC GCE 'O' / IGCSE bagi Tahun 2017 jelasnya, daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, dua subjek mencapai 100 peratus kredit, iaitu Computer Science dan Economics, sementara sembilan subjek yang lain telah menunjukkan peningkatan peratus pelajar yang mencapai kredit dibandingkan pada tahun sebelumnya di antara 1.2 peratus hingga 63.6 peratus.

 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang menerima hadiah dan berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, agar dapat mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan puisi, menyaksikan tayangan slaid dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53