Home > Bahasa Melayu
MPA Adakan IMO,IMSAS
GAMBAR ramai perwakilan Mesyuarat IMO, IMSAS.
April 24th, 2018 | 12:32 PM | 610 views
MUARA
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPA) mengadakan Mesyuarat Pembukaan bagi "International Maritime Organisation (IMO) Member States Audit Scheme (IMSAS)" bertempat di Dewan Al-Fath, Bangunan Ibu Pejabat MPA di Muara, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad ia juga dihadiri oleh Juruaudit-Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak Pertubuhan Maritim Antarabangsa, perwakilan dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat serta pegawai dan kakitangan MPA.
Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa sejak tahun 1984 dan sejak itu telah mensahkan sebanyak sembilan konvensyen, di antaranya ialah Konvensyen Antarabangsa untuk Keselamatan di Laut (International Convention for Safey of Life at Sea) dan Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pencemaran dari Kapal (International Convention for the Prevention of Pollution from Ships).
IMO Member State Audit Scheme (IMSAS) tersebut merupakan skim audit yang telah dijadikan mandatori ke atas setiap negara-negara ahli kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bermula 1 Januari 2016.
Sehingga penghujung tahun 2017, sebanyak 39 negara ahli kepada pertubuhan tersebut telah menjalani skim audit berkenaan. Skim audit itu merupakan inisiatif Pertubuhan Maritim Antarabangsa dalam menentukan sejauh mana negara-negara ahli telah melaksanakan kewajiban serta tanggungjawab yang terangkum di dalam konvensyen-konvensyen pertubuhan tersebut.
Audit ke atas Negara Brunei Darussalam itu akan berlangsung selama lapan hari sehingga 30 April 2018. Audit tersebut akan memberikan tahap penilaian ke atas keberkesanan Negara Brunei Darussalam dalam mentadbir, melaksanakan dan menguatkuasakan instrumen-instrumen mandatori yang terangkum di bawah skim audit ini.
Sebanyak lapan instrumen-instrumen mandatori terkandung di bawah skim audit ini, iaitu The International Convention for the Safety of Life at Sea, 1974, as amended; The International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, 1973, as modified by the Protocol of 1978 relating thereto, as amended; The Protocol of 1997 to amend the International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, as modified by the Protocol of 1978 relating thereto; The International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers, as amended; The International Convention on Load Lines, 1966; The Protocol of 1988 relating to the International Convention on Load Lines, 1966; The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969; dan The Convention on the International Regulations for Preventing Collisions at Sea, 1972, as amended.
Di akhir audit tersebut, negara ahli akan diberikan hasil penilaian audit yang dilaksanakan dan melalui penilaian tersebut ia dihasratkan akan dapat membantu negara ahli dalam menambah baik tahap pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan instrumen-instrumen mandatori.
Hasil penilaian audit berkenaan bertujuan untuk membantu negara ahli dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi secara menyeluruh dalam melaksanakan konvensyen-konvensyen Pertubuhan Maritim Antarabangsa lainnya.
Penilaian tersebut juga dihasratkan dalam membantu negara ahli menjaga kepentingan keselamatan sektor maritim, membantu penambahbaikan dan pemeliharaan alam sekitar maritim secara keseluruhan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]