Home > Bahasa Melayu
BST Menyahtarakan Kapal 'Bebatik Dan Belanak'
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof ketika hadir selaku tetamu kehormat pada B-Class Decommissioning High-Tea Reception di Indera Samudera Grand Hall 1 & 2, The Empire Ho
April 24th, 2018 | 12:51 PM | 846 views
JERUDONG
Majlis resepsi bagi menandakan penyahtaraan (decommisioning) kapal-kapal kelas B Brunei Shell Tanker Sendirian Berhad (BST) diadakan di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
Ia dianjurkan oleh Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC) itu menandakan berakhirnya era kapal-kapal kelas B BST selepas dua buah kapal terakhir kelas berkenaan, iaitu 'Bebatik' dan 'Belanak' akan ditamatkan operasinya masing-masing pada bulan April dan Jun tahun ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.
Turut hadir, Pengarah Urusan BST dan BGC, John Douglas Cook.
Yang Berhormat juga merasmikan pelancaran buku yang diterbitkan bagi memperingati kapal-kapal kelas B berkenaan bertajuk 'Finished with Engines'
Terdahulu, Pengurus QHSSE BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew dalam ucapannya berkata, selama lebih 45 tahun kapal-kapal kelas B itu berterusan menyediakan perkhidmatan perkapalan LNG yang selamat dan dipercayai kepada Projek LNG Brunei dan pelanggan-pelanggannya.
Menurutnya, kapal tersebut juga berjaya menyelesaikan lebih 6,300 penghantaran kargo juga menavigasikan laluan kira-kira 4,000 kilometer antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun.
Beliau menambah, kapal-kapal kelas B itu memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti pelaut-pelaut LNG tempatan.
Melalui kapal-kapal kelas B tersebut, jelasnya, BGC sekarang mempunyai beberapa Master Mariners dan Chief Engineers pertamanya di mana dengan berakhirnya operasi kapal kelas berkenaan, peranan mereka telah dipindahkan ke kapal-kapal kelas A dalam usaha BGC untuk terus membangunkan pelaut-pelaut tempatan bagi mendukung Wawasan 2035 dan menyesuaikannya dengan visi BGC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]