FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Vaksin Efektif Pencegah Penyakit


MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 


 April 24th, 2018  |  15:02 PM  |   899 views

BANDAR SERI BEBAWAN

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar antara lain berkata, sempena Minggu Immunisasi Sedunia 24 - 30 April 2018, pemberian vaksin adalah salah satu intervensi kesihatan awam yang sangat penting lagi kos effektif dalam pencegahan penyakit-penyakit dan seterusnya bagi menangani isu-isu kesihatan global.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia katanya, telah melaporkan bahawa program imunisasi yang berkesan boleh mencegah antara dua hingga tiga juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.

 

 Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam meraikan Minggu Imunisasi Sedunia 2018 dari 24 hingga 30 April 2018.

 

 Minggu Imunisasi Sedunia disambut setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan individu, keluarga dan masyarakat untuk mengambil perhatian dan memainkan peranan aktif dalam membantu mengurangkan beban global penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin.

 

Tema sambutan pada tahun ini, "Perlindungan Bersama, #VaksinBerkesan" atau "Protected Together, #VaccinesWork" adalah untuk menarik perhatian semua mengenai pentingnya tindakan secara bersepadu dalam bersama memastikan setiap individu dilindungi dari penyakit-penyakit yang dapat dicegah melalui pemberian vaksin, dan seterusnya untuk menambah liputan imunisasi negara bagi kebaikan semua pihak.

 

 Walau bagaimanapun ujarnya, masih terdapat lebih 19 juta kanak-kanak di dunia ini yang masih belum mendapat vaksin yang sepenuhnya yang menyebabkan mereka dikategorikan sebagai kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit-penyakit merbahaya dan boleh mengancam nyawa.

 

Seperti yang kita ketahui tambahnya, program imunisasi bagi kanak-kanak damit boleh mencegah penyakit, kecacatan dan kematian seperti dari penyakit Hepatitis B, Campak (Measles), Beguk (Mumps), Polio dan Tetanus.

 

 Begitu juga dengan pemberian vaksin bagi mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap penyakit-penyakit kronik, pengendali makanan dan pekerja-pekerja kesihatan (front liners) dapat memberikan perlindungan daripada penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti influenza dan meningitis yang lazimnya dihidapi semasa umur dewasa. Manakala Vaksin Human Papilloma Virus yang dikhususkan untuk kanak-kanak perempuan di Tahun 7 persekolahan juga adalah terbukti dapat mencegah atau mengurangkan risiko kanser servik apabila mereka meningkat dewasa nanti.

 

Kadar liputan imunisasi dalam kalangan kanak-kanak yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah sekurang-kurangnya 90 peratus. Alhamdullilah, Negara Brunei Darussalam telah berjaya mencapai dan mengekalkan kadar liputan imunisasi melebihi 95 peratus, sejak lima tahun lalu, melalui perlaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan dan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan termasuklah kerjasama para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak.

 

 Liputan immunisasi  tegas Yang Berhormat, perlu diteruskan kerana program imunisasi telah terbukti boleh menyelamatkan nyawa dan mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih berkualiti tinggi dan masa depan yang lebih cerah, bagi menuju ke arah generasi akan datang yang mempunyai daya kekebalan bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit; sihat dari segi mental dan fizikal, aktif, produktif dan sekali gus insyaaAllah akan mewujudkan masyarakat yang sihat di masa akan datang.

 

 Mengikut peruntukan di bawah Akta Penyakit Berjangkit 2003 Seksyen 47 Bab 1 antara lain menyatakan bahawa para ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan anak-anak mereka diberikan vaksinasi lengkap bagi melindungi dari penyakit-penyakit berjangkit yang meliputi 10 penyakit, iaitu Diphtheria, Haemophilus Influenza B, Hepatitis B, Measles, Mumps, Pertussis, Polio, Rubella, Tetanus dan Tuberculosis.

 

 Bagi tujuan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan  menyeru para ibu bapa untuk mengambil serius akan tanggungjawab mereka untuk sama-sama memastikan anak-anak mereka menerima vaksinasi yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Pusat-Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Kesihatan di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan  jelasnya, sangat mengharapkan sokongan padu berterusan dan penglibatan proaktif daripada pelbagai pihak yang berkepentingan dan berkenaan untuk sama-sama bertanggungjawab dan komited ke arah meningkatkan dan mengukuhkan lagi tahap kesihatan negara iaitu dengan sama-sama memastikan keluarga dan masyarakat menerima vaksin yang sepatutnya, bagi mencapai sebagaimana tema kali ini "Perlindungan Bersama, #VaksinBerkesan".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16