FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Melancarkan Pengagihan Kurma Kurnia Kebawah DYMM


DYTM berkenan menyempurnakan pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM kepada wakil jabatan Pasukan Polis Diraja Brunei.

 


 April 24th, 2018  |  15:16 PM  |   840 views

TUNGKU LINK

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

 

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, berserta Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB dan Ahli Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Pada majlis tersebut, DYTM berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya menyerahkan buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM kepada Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di seluruh negara serta kepada Pemerintah-Pemerintah Tentera, Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pengarah-Pengarah Formasi Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ketua Hakim Syar'ie, Mahkamah Syariah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Dalam pada itu, semua Penghulu-Penghulu Mukim (yang memangku jawatan Ketua-Ketua Kampung) dan Ketua-Ketua Kampung seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi itu kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka masing-masing.

 

Begitu juga bagi Pemerintah-Pemerintah dan Komandan-Komandan ABDB serta Pengarah-Pengarah Formasi dan Pegawai-Pegawai Pemerintah Pasukan PDB seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma peribadi ini kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan Unit Formasi masing-masing.

 

Pada tahun ini, sejumlah 157.8 tan metrik buah kurma jenis 'Safawy' akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di seluruh negara.

 

Setiap umat Islam yang menetap di negara ini tanpa mengira had umur dan taraf kerakyatan akan menerima kurnia buah kurma mereka di mana setiap seorang akan menerima satu kotak kecil kurma yang mengandungi 300 gram.

 

Bagi memastikan pembahagian buah kurma kurnia Kebawah DYMM dikendalikan dengan sempurna, YSHHB telah menyediakan tatacara pembahagian dan borang khas yang akan diedarkan melalui Ketua-Ketua Kampung di seluruh negara.

 

YSHHB mengharapkan semua Ketua-Ketua Kampung dan mereka yang berkenaan yang telah dipertanggungjawabkan bagi mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM ini akan mengikuti tatacara pembahagian yang telah ditetapkan, dan menggunakan borang yang dikhaskan serta menggunakan kebijaksanaan mereka masing-masing supaya buah kurma kurnia peribadi ini akan diterima dengan baik dan sempurna, dan seterusnya dinikmati oleh setiap orang yang beragama Islam di negara ini sebagai juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadan nanti.

 

Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM ini mencerminkan sikap pemedulian dan kasih baginda.

 

Adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya, mereka yang beragama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini.

 

Juga hadir, Ahli-Ahli Jemaah Tadbir serta Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya PDB, Pegawai-Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua Rumah Panjang di seluruh negara, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM dan wakil-wakil dari Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19