Home > Bahasa Melayu
Tunaikan Pengagihan Kurma Kurnia, Dengan Penuh Amanah
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berkenaan mengurn
April 24th, 2018 | 15:22 PM | 998 views
TUNGKU LINK
Pelbagai cara telah diambil oleh pihak Yayasan dalam memperbaiki kaedah pengagihan kurma kurnia peribadi, tetapi masih juga kedengaran ada pihak tidak menerima kurma kurnia peribadi tersebut.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersabda, perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi, kerana jumlah kurma didatangkan berasaskan statistik yang diberikan oleh Penghulu dan Ketua Kampung melalui Jabatan Daerah.
Semasa berkenan mengurniakan sabda di Majlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) di sini, DYTM menyeru semua pihak yang diamanahkan mengagihkan kurma kurnia peribadi, sama ada di peringkat jabatan mahu pun pemimpin-pemimpin akar umbi khususnya sebagai 'front line agent' akan sentiasa dapat memainkan peranan dan tugas masing-masing dengan lebih berkesan dan penuh dedikasi.
''Sama-samalah kita berusaha agar tidak lagi ada sungutan dan aduan di kalangan orang Islam di negara ini yang menyatakan mereka masih dan tidak menerima sebarang kurma kurnia peribadi paduka ayahanda,'' sabda DYTM.
Terdahulu, DYTM bersabda, bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi adalah merupakan kesempatan yang terbaik, dalam meninjau semula sejauh mana dapat melaksanakan amanah pengagihan kurma kurnia peribadi dengan sebaik-baiknya.
DYTM bersabda, selain melaksanakan ibadah puasa dan memakmurkan masjid di malam hari dengan menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menghidupkan
malam-malamnya dengan Qiamullail, ia juga dituntut untuk mengisi bulan Ramadan dengan pelbagai amalan yang berkebajikan.
''Amalan yang berkebajikan yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan amanah raja yang sama-sama kita kasihi dengan sebaiknya melalui pengagihan kurma kurnia peribadi baginda,'' sabda DYTM.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]