Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Ad-Hoc Bincangkan Perkembangan ADI
PENGARAH Dasar Pertahanan, Awang Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, yang juga merupakan Ketua ADSOM Working Group bagi Negara Brunei Darussalam dan Leftenan Kolonel Zainolhizad bin Haji Md. Zain dari Markas Angkatan Bersama ABDB semasa mempenge
April 25th, 2018 | 12:32 PM | 794 views
TANAH JAMBU
Mesyuarat Ad-Hoc peringkat kerja bagi ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) yang keempat bermula dari 24 hingga 25 April 2018 anjuran Kementerian Pertahanan adalah untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkembangan penubuhan ADI dan fasa seterusnya selepas pelancarannya.
Mesyuarat yang diadakan di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), adalah berikutan kejayaan pelancaran fasa pertama ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) semasa penutupan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) di Clark, Pampanga, Republik Filipina pada 24 Oktober 2017.
Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat sebelumnya, inisiatif ADI telah dibahagikan kepada tiga fasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Pengarah Dasar Pertahanan, Awang Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, yang juga merupakan Ketua ADSOM Working Group bagi Negara Brunei Darussalam dan Leftenan Kolonel Zainolhizad bin Haji Md. Zain dari Markas Angkatan Bersama ABDB.
Mesyuarat itu dihadiri oleh wakil-wakil dari negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN.
ASEAN Direct Communications Infrastructure merupakan inisiatif usaha Negara Brunei Darussalam sejak penerimaan kertas konsepnya di bawah rangka kerja ADMM pada tahun 2014.
Mesyuarat Ad-Hoc Kali Ke-4 ini adalah usaha susulan daripada mesyuarat-mesyuarat peringkat kerja ad-hoc mengenai Direct Communications Link in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Process pada tahun 2014, 2015 dan 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]