Home > Bahasa Melayu
UPPA Terus Barigakan Khidmat Bantu Solat Pesakit
TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman selaku Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pakar Pantai Jerudong semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembarigaan Khidmat Bantu Solat Pesakit dan Aplikasi Mudah Alih.
April 25th, 2018 | 12:44 PM | 685 views
JERUDONG
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Unit Pembaharuan Perkhidmatan Awam (UPPA), Jabatan Pentadbiran meneruskan lagi Majlis Pembarigaan Khidmat Bantu Solat Pesakit dan Aplikasi Mudah Alih iBantu Solat bertempat di Dewan Kuliah, Tingkat RF, Pusat Kanser Brunei (TBCC), Pusat Pakar Pantai Jerudong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman selaku Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pakar Pantai Jerudong.
Tayangan video mengenai Pengenalan Rakan Bantu Solat Pesakit (RBSP) dan Aplikasi Mudah Alih iBantu Solat oleh UPPA dapat membantu mereka yang hadir bagaimana menunaikan sembahyang fardu ketika sakit.
Juga ditunjukkan ialah demonstrasi daripada empat wakil RBSP, iaitu Awang Ahmad Syujaie bin Mudim Haji Metassin; Awang Muhammad Abdul Hanif bin Haji Mohd. Salleh; Dayang Norafilah binti Sulong dan Dayangku Nur Ajaimah binti Pengiran Ajak.
Bahan-bahan terbitan diagihkan dan diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang kepada tetamu kehormat majlis.
Pembarigaan tersebut untuk memperkenalkan khidmat tersebut ke hospital-hospital di setiap daerah, sekali gus membarigakan Aplikasi Mudah Alih iBantu Solat dan bahan-bahan terbitan.
Ia diharap akan dapat memperkembangkan lagi khidmat dan aplikasi berkenaan, seterusnya membantu memantapkan lagi Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]