Home > Bahasa Melayu
Sekatan Jalan Raya Rampas 80 Karton Rokok
SEBANYAK 80 karton rokok berjaya dirampas hasil Operasi Sekatan Jalanraya di kawasan Masjid Zainab Sungai Liang, Belait.
April 26th, 2018 | 12:21 PM | 687 views
BELAIT
Balai Polis Sungai Liang, Daerah Polis Belait telah menjalankan Operasi rutin Sekatan Jalan Raya pada malam selasa lepas di kawasan Masjid Zainab Sungai Liang, Belait.
Operasi Sekatan Jalan Raya diketuai oleh Sarjan 3392 Awang Zailani bin Haji Johari bersama enam anggota dan telah berhasil menahan sebuah kereta berdaftar KS 4630 jenis Toyota Vios warna merah, bersama pemandunya seorang lelaki warganegara Bangladesh, Sabuj Miah, 35, kerana didapati membawa sejumlah 80 karton rokok iaitu 28 karton jenis ERA dan 52 karton jenis Premium.
Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Sungai Liang untuk tindakan lanjut.
Pihak Polis akan sentiasa meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berdisiplin sebagai pengguna jalan raya, dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab ketika memandu di atas jalan raya dan seterusnya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan di negara ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]