FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


161 Imam Terima Surat Lantikan


PEMANGKU Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah semasa menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang penerima. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 May 29th, 2016  |  11:27 AM  |   1812 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 28 Mei. - Dalam lebih seminggu sahaja lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.

 

Seperti kelazimannya umat Islam akan memperbanyakkan amai ibadat di bulan tersebut yang mana di antaranya mengerjakan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah.

 

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dengan kerjasarna Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Imam Sembahyang Sunat Tarawih dari kalangan pegawai masjid dan pelajar ITQSHHB bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop, pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah.

 

280516 AMIRUL4 LANTIK

PEMANGKU Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah semasa menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang penerima.

 

Juga hadir para pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai Masjid, para pelajar ITQSHHB yang dilantik.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, JHEM, Awang Haji Suhaimi bin Haji Md. Noor.

 

Setelah itu ucapan alu-aluan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh yang antara lain menyatakan seramai 161 imam yang telah dilantik pada tahun ini bagi mengimamkan Sembahyang Sunat Tarawih di sebanyak 60 buah masjid di seluruh negara.

 

280516 AMIRUL1 LANTIK

PENGARAH Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis tersebut.

 

Majlis diteruskan dengan penyerahan surat lantikan imam Sembahyang Sunat Tarawih yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Terdahulu sebelum acara penyerahan surat lantikan tersebut diadakan, pegawai masjid dan para pelajar ITQSHHB yang dilantik telah diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, JHEM, Awang Haji Suhaimi bin Haji Md. Noor dan tenaga pengajar ITQSHHB, Awang Haji Hashim bin Haji Abdullah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16